KUALA LUMPUR: “Mengapa saya juga perlu melakukan sesuatu? Saya sudah bersara.”
Itu kata-kata yang terpacul dari mulut Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan dengan bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak dan pemilik The Edge Group, Datuk Tong Kooi Ong di London, sekitar 2015.
Nazir, dalam memoirnya, What’s in the Name mendedahkan, pertemuan itu bukan sesuatu yang mudah untuk beliau dan Tong, tetapi ia harus dilakukan demi mencari kebenaran tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya lagi, beliau dan Tong, kedua-dua mereka mempunyai sejarah yang agak traumatik dan tegang dengan bekas Perdana Menteri itu.
“Well Sir, you have to do something because you made him the Prime Minister (Tun, anda perlu melakukan sesuatu kerana anda yang menjadikan beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai Perdana Menteri,” kata Nazir, mengimbas kembali pertemuan itu.
Pengasas firma Ikhlas Capital itu berkata demikian dalam memoirnya bertajuk What’s in a Name dalam bab bertajuk Eh, We Have a Problem yang memperincikan keraguan beliau terhadap penubuhan 1MDB serta hubung kait dana itu dengan Najib.
Biografi setebal 358 muka surat itu memperincikan pengalaman Nazir dalam membangunkan CIMB sebagai institusi berperanan membawa ASEAN keluar dari Asian Financial Crisis.
Selain itu, terdapat juga bab-bab di mana Nazir berusaha menjunjung legasi ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak serta perkongsian tentang penubuhan 1MDB, yang akhirnya menyebabkan kejatuhan abangnya serta Barisan Nasional (BN).
Imbas kembali pertemuan itu, Nazir memulakan sesi itu dengan menyuarakan kebimbangan kepada Dr Mahathir bahawa beliau dan Tong percaya berbillion dolar telah diseleweng dari 1MDB.
“Tong sebenarnya yang banyak mendedahkan tentang apa yang kami ketahui tentang 1MDB. Dr Mahathir kelihatan mudah memahami situasi itu yang mana ia memeranjatkan mereka, selepas mengambil kira perincian dan penerangan Tong.
“Saya syak Dr Mahathir sebenarnya telah pun diberi taklimat mengenai 1MDB dan menggunakan pertemuan itu sebagai perbandingan terhadap apa yang beliau ketahui dan fahami,” katanya lagi.
BACA SEMUA BERHUBUNG WHAT'S IN A NAME DI SINI
(Ikuti wawancara eksklusif bersama Datuk Seri Nazir Razak di saluran 501, astroawani.com dan semua aplikasi Astro AWANI pada pukul 8.30 malam ini)
Nazir berkata, semakin sesi perbincangan itu berlangsung semakin Dr Mahathir menunjukkan reaksi atau erti kata lainnya, kemarahan.
Sebagai rekod, Nazir berkata, hubungan antara keluarganya dengan Dr Mahathir telah berdekad lamanya di mana ayahandanya, Abdul Razak telah menyelamatkan karier politik Dr Mahathir dengan membawa kembali beliau ke dalam UMNO.
Malah, kata Nazir lagi, Najib sendiri memainkan peranan besar untuk memastikan Dr Mahathir kekal berkuasa apabila memberi sokongan ketika pemilihan Presiden UMNO antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987.
“Mahathir, sebagai balasan, telah membuka ruang kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri, apabila beliau mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri pada 2003.
“Kempen Mahathir terhadap kepimpinan lemah Abdullah telah membuka ruang kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri. Dan Mahathir secara terbuka menyokong kepimpinan Najib pada pilihan raya umum 2013,” kata Nazir.
Nazir berkata, beliau dan Tong meninggalkan Rumah York itu tanpa mengetahui apa yang bakal terjadi.
Biarpun Dr Mahathir masih berpengaruh, tetapi tiada organisasi di sebalik pemimpin itu dan Nazir merasakan, apa sangat yang boleh dilakukan oleh individu berusia hampir 90 tahun.
“Tanpa disangka-sangka, selepas pertemuan di London, Mahathir telah mulakan ‘peperangan’,” katanya lagi.
Nazir turut mendedahkan, ia tidak mengambil masa yang lama sebelum Najib menghubungi dirinya dan bertanya motif sebenar beliau dan Tong berjumpa dengan Dr Mahathir di London.
“Saya tertanya-tanya, sama ada saya diekori, atau telefon saya dipasang peranti. Saya tidak sembunyikan topik perbincangan saya kerana tiada gunanya.
“Najib memberi amaran kepada saya untuk berhati-hati dengan motif Dr Mahathir. Selepas saya mendapat panggilan itu, saya menyedari perbuatan dan tingkah laku saya diperhatikan oleh abang saya,” katanya lagi.
Sementara itu, Nazir berkata, pasukan petugas khas pelbagai agensi mula menjejaki aliran wang dalam akaun berkaitan 1MDB dan akhirnya laporan itu menjadi penerangan paling komprehensif, tentang dana berbillion yang diraih 1MDB dari pasaran bon.
Beliau berkata, seseorang dalam pasukan itu, barangkali memutuskan cara terbaik untuk maklumat itu sampai ke pengetahuan awam ialah dengan membocorkan perinciannya kepada Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.
Antara laporan yang diterbitkan, imbas Nazir lagi – ‘Investigators believe money flowed to Malaysian leader Najib’s accounts amid 1MDB Probe’ oleh WSJ.
“Pada satu pagi di Los Angeles, saya sedang bercuti bersama-sama keluarga saya. Saya mengambil senaskhah WSJ dan mata saya tertumpu ke arah kunci kata ‘Malaysia’, ‘Najib’ dan ‘1MDB’. Saya hampir terjatuh dari kerusi saya.
“Saya telah menjejaki 1MDB hampir enam tahun lamanya tetapi pada peringkat itu, saya masih terkejut dengan apa yang saya baca,” katanya lagi.
Artikel WSJ itu, imbas Nazir lagi, menjadi antara artikel yang paling mendapat perhatian dunia, dengan lebih suku juta pelawat unik.
Susulan artikel itu, Nazir berkata, ia telah mengakibat lebih banyak pendedahan dan artikel susulan yang turut diterbitkan WSJ.
“Dr Mahathir mendesak Najib untuk letak jawatan segera. Najib kemudian menggunakan Facebooknya, memberi amaran kesemua itu adalah plot pihak tertentu untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi,” kata Nazir lagi.
Episod itu, kata Nazir, akhirnya menghantui beliau secara peribadi, memandangkan ia mempunyai hubung kait dengan darah dagingnya sendiri.
Ini merupakan antara siri pendedahan bekas Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Tun Razak berkenaan 1MDB dalam memoirnya What’s in a Name yang dilancarkan semalam (8 November).
Firdaus Azil
Tue Nov 09 2021
Nazir Razak (kanan) dan Tong Kooi Ong (kiri) bertemu Dr Mahathir Mohamad di London sekitar 2015 bagi mendedahkan skandal kewangan 1MDB kepada bekas Perdana Menteri itu. - Gambar fail
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
ASEAN perlu cipta acuan sendiri, bukan ikut rentak barat - Muhammad Yunus
Profesor Muhammad Yunus, Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, menyarankan agar ASEAN mencipta acuan sendiri dalam pelbagai aspek dan tidak terikut rentak Barat. Beliau menekankan bahawa model memaksimumkan keuntungan demi pertumbuhan tidak lagi relevan. Sebaliknya, pertumbuhan yang boleh diagihkan kepada rakyat terbanyak adalah acuan terbaik.
Industrial Star Rating: Will it help the Malaysian industrial sector?
Discover how the star rating system could transform Malaysian industrial parks, enhance global competitiveness, and strengthen supply chain resilience in strategic sectors with insights from Director, Research Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
BRICS & Hubungan ASEAN-China: Pendekatan Malaysia di WEF 2025
Penerangan:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pembaharuan struktur kewangan global melalui IMF dan PBB sambil menekankan pentingnya BRICS dalam dialog Selatan Global. Beliau juga menegaskan peranan ASEAN, hubungan strategik dengan China, dan kepentingan Malaysia sebagai negara perdagangan bebas di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
AWANI Ringkas: Struktur kewangan IMF & PBB perlu pembaharuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dibuka tinggi selepas BNM umum OPR kekal pada 3.0 peratus
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.4335/4500 berbanding dolar US daripada 4.4340/4400 pada akhir dagangan semalam.
PPS di Saratok masih dibuka, tempatkan 91 mangsa banjir
Setakat 8 pagi tadi, 21 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok yang terjejas akibat banjir sejak Ahad masih berlindung di PPS berkenaan.
Ikhlas Capital milik Nazir Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura
Menurut theedgesingapore.com, pelaburan itu dibuat melalui syarikat tujuan khas di bawah firma pelaburan Ikhlas Capital Singapura.
'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.
Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.
Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.
Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB
Nazir Razak bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.
Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.
Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal
Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar dipertimbang.
Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.