KUALA LUMPUR: Susulan penerbitan artikel Louise Story di New York Times, yang menyentuh mengenai Jho Low, serta tabiat perbelanjaan Datin Seri Rosmah Mansor di New York, Pejabat Perdana Menteri (PMO) akhirnya membuat penerangan, ia bukan wang kerajaan.
Datuk Seri Nazir Tun Razak dalam memoirnya ‘What’s in a Name’ berkata, PMO cuba menerangkan bahawa wang yang dibelanjakan secara boros itu datang dari legasi peninggalan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Tambah bekas Pengerusi Kumpulan CIMB itu lagi, kenyataan tersebut bukan sahaja seolah- olah menafikan etika dan integriti ayahnya, malah cuba membayangkan Abdul Razak mempunyai pendapatan sampingan.
“Saya terus menghubungi tiga abang saya – Nazim, Johari dan Nizam. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk kami bersama-sama membuat kenyataan terbuka dan saya terus menghantar kenyataan itu kepada rakan media dan pengulas yang saya kenal melalui Whatsapp.
“Kami sangat prihatin dengan reputasi ayahanda kami dan kami jelaskan Tun Abdul Razak tidak pernah mewariskan ‘aset legasi’ (seperti yang dinyatakan PMO). Kami rumuskan, kami tidak boleh terima pihak yang cuba mencemarkan memori ayahanda kami, walau apa jua motif,” terang Nazir dalam tulisan itu.
BACA: What's in a Name: Sampai bila raksasa berkepala tiga akan ganggu Malaysia? - Nazir
BACA: Masalah Malaysia ialah pemimpin utama terlebih kuasa - Nazir Razak
BACA: Ada Apa Di Sebalik Nama Nazir Razak
Sejurus kenyataan empat beradik itu disiarkan, Nazir berkata, beliau menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
Namun Nizam, Nazim dan Johari lebih bijak kerana kata Nazir: “Mereka telah menutup telefon lebih awal lagi.”
“Saya menjawab panggilan itu dan serta-merta mendengar kemarahan serta hamunan daripada Najib yang berkata: “Mengapa kamu semua tergamak memalukan saya di khalayak ramai!”
Nazir berkata, bagi Najib, kesetiaan individu paling penting, manakala kesetiaan kaum ialah menolak perkara lain demi kepentingan ketua mereka.
Namun bagi Nazir, apa yang mereka cuba lakukan adalah demi melindungi legasi dan nama baik keluarga mereka dan tidak akan sesekali membiarkan mana-mana pihak cuba mencemar nama ayahanda dan negarawan, Abdul Razak.
“Susulan itu, PMO telah menghalang kenyataan kami daripada diterbitkan oleh mana-mana media arus perdana untuk beberapa hari. Bagaimanapun, media asing dan blog-blog tidak terikat dan tidak mempedulikan larangan itu.
“Ia agak mengecewakan bahawa seorang anak akan menapis kenyataan adik-beradiknya yang sebenarnya memuji integriti ayahnanda mereka.
“Malah sewaktu kenyataan itu diterbitkan, terdapat juga frasa bagaimana Najib memuji Abdul Razak. Saya sangka, orang yang membacanya akan terkeliru,” katanya.
Episod itu, kata Nazir lagi, membuatkan beliau lebih mempercayai kerisauannya terhadap 1MDB adalah berasas - kombinasi kewangan dan politik, kombinasi golongan profesional dan perseorangan.
“1MDB telah melanggar norma kewangan yang telah dibangunkan sekian lama di negara ini, termasuk apa yang dilakukan CIMB.
“Dana itu sepatutnya merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tetapi ia telah dikecualikan dari peraturan ketat yang kami bangunkan dan boleh mencemarkan imej GLC secara keseluruhan.
“Saya risau dan syak abang saya, Najib, telah dikawal oleh penasihat dan rakan kongsi yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya mencemarkan nama baik ayahanda saya,” katanya lagi.
Ini merupakan antara siri pendedahan bekas Nazir yang juga tokoh perbankan berkenaan skandal kewangan, 1MDB dalam memoirnya bertajuk – What’s in a Name’ yang dilancarkan 8 November lalu.
Firdaus Azil
Wed Nov 10 2021
Gambar kenangan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Rahah bersama kelima-lima anak lelaki mereka.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Ikhlas Capital milik Nazir Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura
Menurut theedgesingapore.com, pelaburan itu dibuat melalui syarikat tujuan khas di bawah firma pelaburan Ikhlas Capital Singapura.
'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.
Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.
Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.
Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB
Nazir Razak bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.
Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.
Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal
Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar dipertimbang.
Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.