LONDON: Persidangan Perniagaan Halal Dunia 2023 (WHBC 2023), telah berjaya dimuktamadkan, menandakan kemajuan ketara dalam industri Halal dan pengukuhan hubungan antarabangsa.
Persidangan itu dianjurkan oleh Halal Development Corporation Bhd (HDC) dan dihoskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
HDC dalam satu kenyataan berkata persidangan itu memupuk persekitaran untuk pertukaran pengetahuan, rangkaian, dan kerjasama strategik yang mempamerkan trend yang berkembang, peluang berpotensi dan cabaran kritikal dalam industri Halal.
WHBC 2023 turut mengeluarkan kenyataan yang memberangsangkan dengan memberi tumpuan kepada inisiatif Diplomasi Halal pada pembukaan acara dengan memberi tumpuan pada jangkauan diplomatik dalam industri Halal yang menggariskan peranannya sebagai pemangkin untuk kerjasama dan persefahaman silang budaya global, katanya.
"Penekanan Persidangan WHBC terhadap inisiatif Diplomasi Halal mencerminkan komitmen kami untuk memupuk hubungan antarabangsa yang kukuh dalam industri Halal.
"Langkah ini membuka saluran untuk persefahaman, kerjasama dan pertumbuhan bersama, menempatkan industri Halal sebagai ejen perpaduan ekonomi dan diplomatik," kata Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun.
HDC berkata WHBC 2023 yang dilihat sebagai kejayaan cemerlang telah dibuktikan menerusi komitmen perkongsian penting, kerjasama yang membuahkan hasil dan inisiatif.
Antara pencapaian utamanya ialah kerjasama HDC dengan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) untuk menggalakkan kemampanan.
Persidangan itu turut menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kemudahan pembiayaan bernilai RM2.67 bilion untuk memperkukuh sektor halal secara khusus.
"Bagaimanapun, pencapaian sebenar menunjukkan komitmen kami terhadap inovasi adalah pelancaran Platform Halal Digital Negara (NHDP), merevolusikan pengurusan pensijilan halal," kata HDC.
Dalam ucapan penutup, Ketua Pegawai Eksekutif HDC Hairol Ariffein Sahari menyatakan komitmen agensi itu untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa dalam ekosistem halal dan keazaman HDC untuk memudahkan libat urus yang merangsang kreativiti, menginspirasikan inovasi dan memupuk kerjasama yang membuahkan hasil.
"Berdasarkan momentum pada WHBC 2023, kami teruja untuk mengumumkan bahawa edisi seterusnya, WHBC 2024 akan berlangsung di salah satu negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
"Rantau ini secara konsisten menunjukkan minat yang ketara dalam pasaran halal, menjadikannya lokasi yang ideal untuk terus mengemukakan topik dan isu penting yang dibincangkan tahun ini," kata Hairol.
Beliau berkata pemimpin industri, pakar dan peminat halal harus hadir pada WHBC 2024 yang memberi pandangan jelas, inovasi dan inspirasi dalam dunia perniagaan halal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Persidangan itu turut menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kemudahan pembiayaan bernilai RM2.67 bilion untuk memperkukuh sektor halal secara khusus. - Foto BERNAMA
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Keputusan memperkenalkan semula slogan berkenaan adalah langkah strategik bagi memastikan Sinar kekal relevan serta terus dekat di hati pendengar.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
WHBC 2023 di London catat kemajuan penting dalam industri halal
WHBC 2023 telah berjaya dimuktamadkan, menandakan kemajuan ketara dalam industri Halal dan pengukuhan hubungan antarabangsa.
Lima institusi kewangan sediakan dana RM2.67 bilion, kukuhkan ekosistem halal tempatan - TPM
Ahmad Zahid berkata dana tersebut bagi menyokong barangan dan perkhidmatan syarikat halal tempatan menembusi pasaran halal global.
Malaysia teroka hantar pensyarah untuk latihan ToT bagi TVET di Korea Selatan, Turki
Kedua-dua negara berkenaan merupakan antara sumber baharu yang memiliki institusi TVET terbaik dan berpengalaman.