KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meluluskan vaksin denggi baharu TAK-003 pada 10 Mei lepas.
TAK-003 yang dibangunkan oleh Takeda, adalah vaksin denggi kedua yang prakualifikasi oleh WHO.
Ia merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
WHO mengesyorkan penggunaan TAK-003 pada kanak-kanak, berusia enam hingga 16 tahun, di kawasan yang mempunyai beban dan intensiti penularan denggi yang tinggi. Vaksin perlu diberikan dalam jadual dua dos dengan selang tiga bulan antara dos.
Pengarah WHO untuk Peraturan dan Prakualifikasi, Dr Rogerio Gaspar, berkata prakualifikasi TAK-003 merupakan langkah penting dalam pengembangan akses global kepada vaksin denggi.
"Ia kini layak dibeli oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO).
"Dengan hanya dua vaksin denggi setakat ini, kami berharap lebih banyak pemaju vaksin tampil untuk penilaian, supaya kami dapat memastikan vaksin sampai kepada semua komuniti yang memerlukannya," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi WHO pada Rabu.
Senarai prakelayakan WHO juga termasuk vaksin denggi CYD-TDV yang dibangunkan oleh Sanofi Pasteur.
Denggi adalah penyakit bawaan vektor yang disebarkan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti. Denggi teruk adalah komplikasi yang berpotensi membawa maut, yang boleh berkembang daripada jangkitan denggi.
Dianggarkan terdapat lebih daripada 100 hingga 400 juta kes denggi di seluruh dunia setiap tahun dan 3.8 bilion orang yang tinggal di negara-negara endemik denggi, yang kebanyakannya berada di Asia, Afrika dan Amerika.
Jumlah terbesar kes denggi dilaporkan adalah pada 2023 dengan Wilayah WHO di Amerika melaporkan 4.5 juta kes dan 2,300 kematian.
Kes denggi berkemungkinan meningkat dan berkembang secara geografi disebabkan perubahan iklim dan pembandaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi. - Gambar hiasan
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.

Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.

Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.

AS$10 bilion diperlukan untuk pulihkan sistem kesihatan Gaza - WHO
WHO memerlukan akses yang pantas, tanpa halangan dan selamat untuk mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).