KUALA LUMPUR: Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-14 (WIEF ke-14) pada Februari tahun depan boleh menjadi platform yang penting bagi Malaysia untuk mempamerkan konsep ekonomi Madani negara kepada dunia Islam.
Pengerusi Yayasan WIEF Tan Sri Syed Hamid Albar berkata justeru, ia adalah masa yang sesuai untuk Malaysia mewujudkan rangkaian dengan pemimpin, kerajaan dan entiti korporat untuk mengetengahkan dasar pelaburan Malaysia dan komitmennya ke arah membina ekonomi Islam yang lebih mampan.
Pada sidang media semalam, beliau berkata WIEF yang akan datang di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, dijangka menarik 3,000 peserta global dari 80 negara, dengan 50 pemimpin korporat dijangka mengambil bahagian.
"Bagi meningkatkan pelaburan, kita perlu menunjukkan kepada dunia bahawa kita telah mencatat kemajuan dan kita mempunyai dasar pelaburan yang amat baik," katanya.
Beliau berkata status global Abu Dhabi membolehkan mewujudkan rangkaian dengan penggubal dasar dan pemimpin pemikiran, menawarkan peluang untuk kerjasama dan pelaburan yang mengukuhkan impak global WIEF.
Abu Dhabi juga merupakan hab kewangan utama dan WIEF ke-14 akan menarik institusi dan korporat Islam utama.
Pengarah Urusan Yayasan WIEF Datuk Syed Abu Bakar S Mohsin Almohdzar berkata Malaysia sentiasa dilihat berada di barisan hadapan dan kisah kejayaannya dalam kewangan Islam.
WIEF ke-14, yang akan diadakan dari 6 hingga 8 Feb 2024 di Pusat Pameran Kebangsaan Abu Dhabi, bertujuan untuk mengukuhkan dan menjalin pakatan strategik melalui pertukaran pengetahuan untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi serta peluang perdagangan dan perniagaan dalam kalangan ekonomi Islam dan seluruh dunia.
Edisi terkini WIEF akan memberi penekanan kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), yang berkongsi etika yang sama seperti prinsip Islam, menghargai perniagaan dan impak sosial selain mengelak amalan tidak beretika.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Syed Hamid (tengah) hadir pada sidang media sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-14 yang akan diadakan dari 6 hingga 8 Feb 2024 di Pusat Pameran Kebangsaan Abu Dhabi. - Foto BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.

WIEF ke-14 di Abu Dhabi beri tumpuan kepada masa depan mampan
Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) edisi ke-14, yang akan berlangsung tiga hari dari 6 hingga 8 Februari 2024.

WIEF ke-14 boleh jadi platform pamer ekonomi MADANI kepada dunia Islam
WIEF di Abu Dhabi dijangka menarik 3,000 peserta global dari 80 negara, dengan 50 pemimpin korporat dijangka mengambil bahagian.

WIEF: Malaysia sasar capai sifar lapar menjelang 2030
Perbelanjaan sebanyak AS$33 bilion setahun itu akan mampu mengeluarkan 500 juta orang di seluruh dunia daripada masalah kelaparan.

Malaysia dan Qatar komited perkukuh hubungan dua hala - Azmin
Mohamed Azmin berkata beliau telah mengadakan pertemuan yang sangat bermakna dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Khalid.

Musa: Kalau Sarawak mahukan transformasi, ini kuncinya...
Transformasi digital ekonomi Sarawak kini berada pada landasan yang tepat.

WIEF: Sistem pendidikan masa depan perlu sesuai dengan minat generasi muda
Ini penting untuk memastikan mereka mampu pergi jauh dalam dunia yang semakin berbeza disebabkan impak teknologi baharu.

Usahawan wanita digesa beralih daripada perniagaan lazim
Pengerusi Ahli Perniagaan Wanita WIEF (WBN), Datuk Dr Norraesah Mohamad berkata, WBN ingin melihat usahawan wanita terlibat dalam bidang perniagaan lain seperti sektor pembinaan.

Teroka teknologi terkini bagi membuka peluang baharu
Negara perlu libatkan diri dalam sistem teknologi terbaharu untuk merebut peluang untuk mengukuhkan ekonomi.

WIEF: Terokai teknologi terkini bagi membuka peluang baharu
Teknologi baharu perlu diterokai kerana ia mampu membuka peluang baharu untuk merancakkan ekonomi.