KUALA LUMPUR: Inisiatif Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) untuk Lesen Sementara KL Prihatin yang tamat semalam akan diteruskan hingga 31 Dis ini dengan beberapa penambahbaikan diperkenalkan mulai bulan ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata antara penambahbaikan termasuk bayaran fi lesen, penetapan waktu operasi perniagaan dan penyusunan atau pemindahan penjaja bagi mengatasi isu seperti halangan lalu lintas, kebersihan dan pembinaan struktur kekal.
Pihak Berkuasa Tempatan itu berkata setiap penjaja akan dikenakan bayaran fi pembaharuan lesen sebanyak RM20 sebulan dan caj perkhidmatan RM30 sebulan bertujuan menampung kos kerja pembersihan dan pengurusan.
"Waktu operasi perniagaan pula dihadkan dua sesi berbanding sepanjang hari sebelum ini bagi mengawal keadaan di tapak dan bagi memudahkan kerja pembersihan.
"Peniaga boleh memilih satu sesi sahaja tertakluk kesesuaian lokasi sama ada sesi satu yang bermula jam 7 pagi hingga 7 petang atau sesi dua bermula pukul 6 petang hingga 12 tengah malam," menurut DBKL dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut DBKL, pemegang Lesen Sementara KL Prihatin diberi tempoh mulai sekarang hingga 15 Julai ini untuk mengemukakan permohonan pembaharuan secara dalam talian melalui laman sesawang DBKL atau hadir ke Kaunter Lesen Berpusat Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.
Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman sesawang di https://elesen.dbkl.gov.my/ mulai 1 Ogos hingga 15 Ogos ini dan pemegang lesen dikehendaki menjelaskan bayaran fi lesen dan mencetak lesen sekiranya lulus.
Bagaimanapun, DBKL berkata pembaharuan lesen aktiviti perniagaan barangan basah tidak dibenarkan dan peniaga dikehendaki mengemukakan permohonan masuk ke pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan pasar DBKL atau menukar jenis jualan selewat-lewatnya 30 Sept depan.
Mengenai penyusunan dan pemindahan penjaja, DBKL memaklumkan penjaja di lokasi terlibat aduan atau kacau ganggu akan disusun atau dipindah tertakhluk kepada kekosongan antaranya di Pusat Penjaja; Pasar Berbangunan DBKL; pasar malam atau pasar terbuka sedia ada dan penempatan semula penjaja di lokasi dibenarkan DBKL.
"Penambahbaikan yang dilakukan bagi memastikan program WBB dapat diteruskan secara holistik untuk jangka masa panjang bagi memastikan permasalahan dapat diselesaikan supaya warga kota dan peniaga mendapat manfaat bersama dalam Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Inisiatif Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) untuk Lesen Sementara KL Prihatin yang tamat semalam akan diteruskan hingga 31 Dis ini dengan beberapa penambahbaikan diperkenalkan mulai bulan ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Kuala Lumpur 'wilayah bebas berniaga' mulai 15 November - Annuar Musa
DBKL kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya.