PETALING JAYA: Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin sedar betapa penting dan bermaknanya Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan buat peminat bola sepak tempatan.
Wilkin, yang merupakan tonggak tengah Sabah FC, berkata penampilan Malaysia dalam edisi Piala Asia kali ini mengujakan peminat yang telah lama menunggu pasukan kebangsaan bertanding semula dalam kejohanan berprestij itu.
Bagaimanapun, pemuda berusia 25 tahun berdarah kacukan England-Malaysia itu mengakui Malaysia, di bawah bimbingan jurulatih Korea Selatan Kim Pan Gon, akan berdepan tugas sukar dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan juara dua kali Korea Selatan.
"Saat yang mengujakan untuk semua, sudah sekian lama Malaysia tidak beraksi dalam Piala Asia, jadi semua pihak tidak sabar untuk menyaksikan kejohanan itu.
"Kami (pasukan) melihat kejohanan itu sebagai sangat mencabar kerana terdapat pasukan pada ranking lebih tinggi, terutamanya Korea Selatan, satu pasukan Piala Dunia.
"Namun sebagai satu pasukan, kami akan bekerja keras dan memberikan yang terbaik," katanya kepada pemberita pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini semalam.
Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia ialah ketika menjadi tuan rumah bersama edisi 2007 selepas dua penampilan iaitu pada 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait.
Sementara itu, Wilkin yang merupakan antara 'muka biasa' dalam skuad Pan Gon tahun ini, dapat merasai penambahbaikan dalam pasukan menjelang tugasan di Doha.
Mengulas kehadiran pemain berpengalaman Johor Darul Ta'zim (JDT) Natxo Insa dalam pasukan yang menjadikan saingan di bahagian tengah lebih sengit, Wilkin berkata rakan sepasukannya itu mempunyai kualiti yang baik.
"Saya percaya setiap pemain tengah mampu bermain dalam pasukan, jadi kami semua akan menggalakkan antara satu sama lain dan mendorong satu sama lain untuk menjadi yang terbaik," kata Wilkin yang menjaringkan gol pada penampilan sulungnya bersama Malaysia ketika mereka menewaskan Kemboja 4-0 dalam perlawanan persahabatan Disember tahun lepas.
Wilkin terus mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Malaysia menundukkan Singapura 4-1 pada perlawanan terakhir kumpulan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di laman sendiri, awal tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023

Wilkin pada sesi latihan bagi persediaan menjelang Kejohanan Bola Sepak Piala Asia Qatar 2024 di Wisma FAM, Petaling Jaya, 29 Dis 2023. --fotoBERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.