TAHUN 1987 menyaksikan kemunculan kumpulan Wings menerusi album pertama berjudul Belenggu Irama yang berjaya dijual sebanyak 60,000 unit, yang juga satu jumlah dianggap besar pada era itu.
Kemampuan Wings yang mampu beraksi secara langsung di atas pentas di tambah dengan pakej yang ada pada penyanyinya, Awie (Datuk Awie), menjadi tarikan utama penonton hadir menyaksikan persembahan mereka.
Nama Wings laris menjadi sebutan dan rebutan penganjur di sana sini antaranya Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong, Bayan Lepas.
Penganjur mampu tersenyum lebar dengan kehadiran penonton kerana kehebatan Wings bukan sahaja menarik peminat di Pulau Pinang tetapi juga dari Perlis, Kedah dan Perak (utara).
Bagaimanapun, sedar tak sedar kumpulan legenda ini sebenarnya sudah lebih 30 tahun tidak mengadakan konsert di Pulau Pinang (bahagian Pulau).
Hanya pada tahun lalu, 'Sayap' mereka singgah beraksi dalam Konsert Mega Marhaen @Mid Town Perda, Pulau Pinang yang menyaksikan kehadiran ramai penonton walaupun hujan lebat.
Justeru satu perancangan rapi disusun, maka tercetus idea menganjurkan konsert yang lebih gah iaitu Konsert Wings The Rock Emperor - Penang Chapter yang akan berlangsung pada 24 Februari ini.
Kehebatan siri The Rock Emperor ini sudah diakui menerusi dua konsert terdahulu iaitu di Singapura pada 29 Julai 2023 dan Kuala Lumpur pada16 Disember 2023.
Untuk itu, Datuk Awie menjanjikan persembahan yang lebih hebat, lebih gempak dan lebih menghiburkan buat peminat di 'Pulau Mutiara'.
"Jom...orang-orang Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan dimana sahaja. Mari datang saksikan persembahan Wings di SPICE Arena Penang pada 24 Februari nanti.
"Saya bersama Eddie, Black, Sham dan Edrie sudah tidak sabar bertemu anda. Maklumlah kami pun sudah lama tidak beraksi di sini. Sudah pasti kami akan memberikan aksi terbaik.
"Persembahan di Pulau Pinang memang ditunggu-tunggu kerana dapat mengimbas kembali saat-saat awal kemunculan di persada seni tanah air 37 tahun lalu.
"Kami diterima baik oleh peminat di sini dan kehadiran mereka tidak mengecewakan. Justeru inilah juga harapan kami menerusi konsert kali ini," katanya.
Sebagai bukti kesungguhan mereka mempromosikan Konsert Wings The Rock Emperor - Penang Chapter, Awie dan empat rakannya turun padang bertemu peminat di Queensbay Mall, Pulau Pinang, Mydin Mall, Jalan Baru Bukit Mertajam dan AEON Mall Taiping pada Sabtu dan Ahad lalu.
Konsert Wings The Rock Emperor - Penang Chapter tampil dengan kelainan apabila Wings mengetengahkan konsep gores dan menang kepada penonton.
"Untuk setiap tiket, kita akan buat satu gores dan dalam gores itu ada hadiah-hadiah tertentu yang akan dimenangi oleh penonton bertuah.
"Terdapat lebih 700 barangan akan diberikan kepada pembeli tiket Konsert Rock Emperor. Ia merangkumi semua pembeli dari tiket berharga RM95 sehingga lebih RM300.
"Barangan untuk dimenangi itu termasuk prelove barangan Wings terpakai yang akan kita hadiahkan kepada pemenang-pemenang," kata Awie lagi.
Tiket untuk menonton boleh didapati di https://wings.ubertickets.asia. - Gempak
Gempak
Mon Feb 12 2024

Kehebatan siri The Rock Emperor ini sudah diakui menerusi dua konsert terdahulu iaitu di Singapura pada 29 Julai 2023 dan Kuala Lumpur pada16 Disember 2023. - Gambar Gempak
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.

Faktor cuaca punca Rock Warrior Music Festival ditangguhkan
Acara Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung 23 dan 24 Novemberi ini akan ditunda ke satu tarikh baharu sekitar Mei 2025.

Saya sedia untuk kembali beraksi! - Jojet idam keluar dari 'persaraan', buat 'come back'
Jika diberi peluang, dia sudah bersedia untuk keluar dari 'persaraannya' dan kembali beraksi melantunkan ketukan dram yang dirindukan kebanyakan peminat tegar muzik rock tanah air.

Wings janji The Rock Emperor Penang Chapter lebih hebat dan gempak!
Selepas 37 tahun berlalu, Awie dan Wings kembali beraksi di Pulau Mutiara pada 24 Februari ini.

'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.

Search, Wings, Butterfingers gegar Nusa Fest 8 & 9 Julai ini
Ia menjadi tanda aras festival yang menyatukan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura yang bakal dilangsungkan buat pertama kali.

Konsert Naga Kramat bukti Wings kumpulan rock terunggul
Konsert yang diberi nama Naga Kramat itu jadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2022, Sabtu, jam 8 malam.

Wings teruja buat penampilan antarabangsa pertama
Awie berkata, mereka sangat teruja kerana ia langkah pertama mereka ke arena global selepas 37 tahun aktif di pentas.

Konsert Fabulous Friday: 'Saya kecewa tidak dapat berikan yang terbaik' - Awie
Legenda rock tanah air, Datuk Awie mengakui kecewa tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada malam kedua Konsert Fabulous Friday.

'15 minit tiket dah sold out!' - Awie terkejut, janji kelainan pada konsert Wings Di DFP
Tiket konsert menerusi slot acara muzik Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang dijual pada 10 pagi tadi secara rasminya sold out sekitar pukul 10.15 pagi tadi.