KUALA LUMPUR: "Setiap masa akan teringat... ketika melangkah di Balairung Seri (Istana Negara), menghadap Agong... saya masih terkenang peristiwa itu," kata Mohamad Hasnal Jamil.
Walaupun sudah lebih sedekad, peristiwa berdarah bertempur dengan pengganas Sulu pada Mac 2013 tidak pernah luput daripada ingatan pegawai polis berpangkat DSP itu, malah "parut" tragedi hitam menjadi penguat dirinya untuk terus berkhidmat kepada negara.
Beliau adalah pegawai polis yang cedera ditembak dan ditetak pengganas Sulu dalam Op Daulat, di Kampung Simunul, Semporna di Sabah pada Mac 2013.
Mohamad Hasnal, 42, menjadi penerima tunggal Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan, di Balairung Seri, Istana Negara di sini hari ini.
Mengakui sebak menerima pengiktirafan itu, Mohamad Hasnal yang kini bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman mendedikasikan penganugerahan itu kepada semua rakan seperjuangannya yang terlibat dalam operasi berkenaan termasuk mereka yang gugur.
"Tuanku (Al-Sultan Abdullah) juga tadi (ketika majlis santapan) sempat menzahirkan ucapan terima kasih atas jasa, sumbangan dan pengorbanan saya dan rakan-rakan yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
Pada saya, sumbangan saya ini bukanlah besar dan ramai lagi telah berjuang dan berkorban untuk negara, namun pengiktiran ini menjadi satu kenangan untuk sumbangan kecil saya kepada negara," katanya ketika ditemui Bernama selepas istiadat itu hari ini.
Mohamad Hasnal dilihat menahan sebak dan matanya berkaca apabila menceritakan kembali kejadian yang hampir meragut nyawanya apabila tiga tembakan terkena bahagian perut hingga tembus ke belakang badan dan lengan kirinya.
Selain ditembak, Mohamad Hasnal turut ditetak di kepala dan tangan dengan kapak oleh musuh.
"Sehingga kini, saya masih mendapatkan rawatan susulan untuk membetulkan saraf di bahagian tangan yang tercedera namun ini sedikit pun tidak memberi trauma atau melunturkan semangat untuk terus berkhidmat atau menjalankan tugas.
"Saya anggap ini hanya liku-liku pekerjaan sebagai anggota polis, kalau tidak menempuh cabaran seperti ini bukanlah polis namanya," kata anak jati Kedah itu.
Pada masa yang sama, pegawai polis itu turut menitipkan pesanan kepada semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk sentiasa bersedia dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan amanah.
"Jangan pernah khianati amanah ini, jika tiba panggilan perjuangan untuk negara... kita sahut dan pergilah berjuang," katanya
Pada Feb 2013, Malaysia dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, yang membawa kepada pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Simunul, Semporna yang turut mengorbankan 68 pengganas Sulu.
Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.
Enam anggota polis yang terkorban dalam peristiwa berdarah pada 2 Mac 2013 di Kampung Simunul itu adalah ACP Ibrahim Lebar, DSP Michael Padel, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abdul Azis Sarikon, Sarjan Salam Togiran dan Koperal Mohd Azrul Tukiran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
![Wira Op Daulat, Mohamad Hasnal terima Pingat Panglima Gagah Berani Wira Op Daulat, Mohamad Hasnal terima Pingat Panglima Gagah Berani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705503480_TBAGONG.jpg)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Pingat Panglima Gagah Berani kepada DSP Mohamad Hasnal Jamil pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan. - Foto BERNAMA
![Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656099_TBSydney.jpg)
Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Wira Op Daulat, Mohamad Hasnal terima Pingat Panglima Gagah Berani Wira Op Daulat, Mohamad Hasnal terima Pingat Panglima Gagah Berani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705503480_TBAGONG.jpg)
Wira Op Daulat, Mohamad Hasnal terima Pingat Panglima Gagah Berani
Mohamad Hasna menjadi penerima tunggal Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.