SEJAK kebelakangan ini, harga buah tandan segar (BTS) dan minyak sawit mentah (MSM) menunjukkan peningkatan.
Sumber daripada Lembaga Minyak Sawit Mentah (MPOB) pada 19 November lalu, harga BTS di pintu kilang ialah RM760 satu tan manakala harga MSM pula RM3,581.50 se tan.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sendiri berkata, harga ini tertinggi sejak Mei 2012.
Ia turut disokong oleh Pengerusi MPOB, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang menyatakan antara faktor peningkatan ini ialah permintaan tinggi pembeli khususnya dari China dan India.
Faktor ini sekali gus membuktikan usaha kerajaan khususnya melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) membaik pulih hubungan dengan kedua-dua negara yang agak dingin ketika pemerintahan kerajaan sebelum ini, telah membawa impak positif kepada negara termasuk industri sawit.
Bulan lalu, lawatan Menteri Luar China, Wang Yi ke Malaysia telah membawa kepada persetujuan China membeli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga tahun 2023.
Sebelum itu, Wisma Putra melalui menterinya turut menyuarakan komitmen untuk memanfaatkan sepenuhnya hubungan dengan India yang kembali pulih bagi memperkukuh industri sawit negara.
Perancangan ini tampak berhasil bila mana India bersetuju untuk kembali membeli minyak sawit Malaysia bermula Mei tahun ini.
Malah, pada Khamis lepas, kerajaan India mengumumkan pengurangkan ‘import duty’ minyak sawit mentah daripada 37.5 peratus kepada 27.5 peratus.
Keputusan ini dijangka menambah jumlah eksport sawit ke India sekali gus berupaya mengekalkan harga MSM dan BTS pada kadar tinggi.
Tidak sekadar itu, minggu lepas Menteri Luar Negeri menerusi sidang video dengan Perwakilan Tinggi Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell Fonteles telah secara lantang menggesa EU menamatkan diskriminasi terhadap minyak sawit seterusnya mengiktiraf Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Dalam setiap usaha ini, kredit wajar diberikan kepada Wisma Putra yang sebelum ini sering kali dianggap kementerian sampingan dan hanya menjaga hubungan Malaysia dengan negara luar.
Namun dalam beberapa bulan ini, kita dapat menyaksikan bahawa Wisma Putra sebenarnya sebuah kementerian yang sangat penting.
Sebagai pendukung dan pelaksana Dasar Luar Negeri, strategi serta program yang dirangka juga merupakan kesinambungan kepada dasar-dasar domestik yang digubal kementerian-kementerian lain.
Usaha ini selari dengan kenyataan Menteri Luar Negeri dua minggu lalu bahawa Wisma Putra akan terus berusaha mengharumkan nama negara di persada antarabangsa di samping membantu sebaiknya kementerian-kementerian lain merealisasikan setiap perancangan mereka menerusi hubungan akrab Malaysia dengan rakan-rakan negara di seluruh dunia. Malaysia Boleh!
* Hariz Hafizan merupakan penyelidik di agensi pengajian sosioekonomi dan sentimen masyarakat, 02 Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pendirian Astro AWANI
Hariz Hafizan
Sun Nov 29 2020

Pandangan bahawa Wisma Putra sebelum ini sering kali dianggap kementerian sampingan dan hanya menjaga hubungan Malaysia dengan negara luar adalah tidak tepat. - Gambar fail

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN
Selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN 2025 'Keterangkuman dan Kemampanan', Malaysia akan mengetengahkan beberapa keutamaan.

Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.

Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.

Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.

Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.

PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).

Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.

Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia
Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara.