KUANTAN: Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan pendirian Wisma Putra untuk tidak mendedahkan nama-nama individu yang akan dilantik sebagai ketua perwakilan Malaysia di luar negara ataupun ketua perwakilan asing di negara ini.
Menurutnya, sudah menjadi amalan Wisma Putra untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan pendedahan nama-nama berkenaan tidak akan dibuat sebelum menerima watikah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Nama itu (perwakilan Malaysia) hanya akan keluar pada hari penyerahan watikah, makna kalau Seri Paduka Baginda menyerahkan watikah, kalau lima (watikah), limalah, kalau 10, sepuluhlah, itu yang rasmi.
“Kalau ketua perwakilan asing di Malaysia, apabila Tuanku Agong menerima watikah daripada mereka, pada masa itu baru rasmi.
“Sebab itu Wisma Putra lazimnya tidak mengeluarkan apa-apa (kenyataan) siapa bakal jadi duta, siapa bakal diterima sebagai duta, kami tidak mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Majlis Penyampaian Kejohanan Taekwondo MGTF bagi sekolah-sekolah serta kelab-kelab negeri Pahang di Kuantan Parade di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kedudukan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Indonesia yang menimbulkan pertikaian beberapa pihak sejak akhir-akhir ini.
Tajuddin sebelum ini dijadualkan menerima watikah daripada Al-Sultan Abdullah pada 20 Jun lalu, sebelum ditangguhkan susulan Yang di-Pertuan Agong gering pada bahagian kaki.
Bagaimanapun, nama Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak disenaraikan pada majlis penyerahan watikah yang berlangsung di Istana Negara pada 12 Julai lalu.
Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Indonesia mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk bekas diplomat.
Beberapa pihak dalam UMNO turut mendesak Tajuddin digugurkan sebagai Duta Besar ke Indonesia kerana tindakannya menyerang Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka selepas digugurkan daripada jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 23 Jun lalu.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 Julai lalu dilaporkan berkata, desakan supaya pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dibatalkan adalah cubaan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Jul 17 2022

Saifuddin berkata, sudah menjadi amalan Wisma Putra untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan pendedahan nama-nama calon ketua perwakilan Malaysia di luar negara. - Gambar/ Bernama

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.

Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.

MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.

Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.

ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.

Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.

Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas

PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.

LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.