Wakil tunggal Malaysia dan Asia, Dr Fauziah Mohd Hasan dalam misi Women's Boat to Gaza dijangka memasuki perairan Gaza, Palestin menjelang subuh esok waktu tempatan (kira-kira jam 11 pagi waktu Malaysia).
BACA: Women's Boat to Gaza mahu 'pecah' kepungan Israel
Dr Fauziah bersama 12 aktivis kemanusiaan lain yang menaiki Kapal Zaytouna telah memasuki jarak 100 batu nautika (kira-kira 185KM) dari pantai Gaza, kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul.
"Sebarang kemungkinan boleh berlaku sewaktu memasuki perairan Gaza," katanya lagi.
Menurut beliau, mengikut pengalaman lalu, ketika sampai pada jarak 70 batu nautika, tentera Israel akan mula memintas laluan kapal.
Menurut Kamarul Zaman, beliau menerima panggilan daripada Dr Fauziah dari atas kapal memaklumkan bahawa perjalanan mereka lancar dan pelayaran masih menuju ke pantai Gaza dan kumpulan itu bertekad untuk terus sampai ke Gaza.
“InsyaAllah, kita meyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa ini adalah satu misi aman yang membawa mesej keamanan kepada dunia bahawa tembok Gaza perlu diruntuhkan demi keamanan Gaza.
“Dalam apa keadaan sekalipun, mesej kepada dunia telah sampai dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang risiko atau insiden,” ujar Kamarul Zaman.
MyCARE merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai enam agensi kemanusiaan iaitu Aqsa Syarif, i4Syria, Rose2Rose, NICE, PACE dan Salam Iraq.
Dr. Fauziah Mohd Hasan merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, merangkap Penasihat Rose2Rose (R2R) telah terpilih sebagai salah seorang daripada 20 orang anak kapal WBG.
Astro Awani
Wed Oct 05 2016

Dr Fauziah bersama aktivis kemanusiaan lain dijangka memasuki perairan Gaza, Palestin menjelang subuh esok (waktu tempatan). - Sumber foto: Twitter GazaFFlotilla

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Dr Fadi pakar elektronik, bukan pakar senjata
Orang ramai digesa tidak berkongsi maklumat tidak sahih dan tidak pasti kebenarannya kerana ia boleh membahayakan banyak pihak.

Women's Boat to Gaza menghampiri perairan Gaza
Dr Fauziah Mohd Hasan bersama 12 aktivis kemanusiaan lain dijangka memasuki perairan Gaza, Palestin kira-kira 11 pagi esok waktu Malaysia.