SHAH ALAM: Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengangkat surah As-Sajdah sebagai surah pilihan pada program World #QuranHour yang akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana iaitu Studio TV Alhijrah pada 26 April depan.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, surah As-Sajdah dipilih bertujuan untuk mengikut model Rasulullah SAW, selain mahu mengubah mindset manusia supaya tidak rasa sombong dalam diri sehingga mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat dan negara.
“Kita nak lahirkan ummah yang boleh ikut apa yang Rasulullah SAW buat. Baca surah Al-Mulk dan As-Sajdah sebelum tidur. Paling penting kita nak membina kerangka fikir kita berubah dengan apa yang surah ini sampaikan.
“Jadi tema utama dalam surah As-Sajdah ini adalah dunia bersujud. Kita nak ajak semua sujud dan masing-masing merasakan penting untuk kita sujud kepada ALLAH SWT.
“Selain itu, membuang ego pada sesama manusia, sekali gus membuahkan hasil dunia berbudi dan penyayang,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
World #QuranHour tahun ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), TV Alhijrah, Islamic Tourism Center (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.
Mengulas lanjut, Marhaini berkata, hampir dua tahun Malaysia diuji dengan isu kesihatan, ekonomi terutamanya impak kewangan dan juga bencana alam seperti banjir.
World #QuranHour tahun ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), TV Alhijrah, Islamic Tourism Center (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.
“Jadi, surah As-Sajdah ini, secara thematic dan reconstruct ingin dikaji sehingga ia menjadi panduan serta solusi akan masalah ekonomi bagi membantu ummah yang sedang lemas dan lapar.
“Ia sebagaimana model perjuangan Rasulullah SAW kepada orang miskin dan fakir. Dalam konteks sekarang ramai yang menjunam jatuh dari T20, M40 di saat sukar ini.
“Justeru, kita berharap ini menjadi sebab untuk kita menjadi Malaysia ke arah sebuah negara yang bersujud, dunia yang bersujud,” ujarnya.
*Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 20 2022

World #QuranHour tahun ini diadakan dengan kerjasama Jakim, JAWI, TV Alhijrah, Islamic Tourism Center, UIAM, badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara. - Gambar fail

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

World #QuranHour ambil pengajaran tata kelola acuan wahyu, ajaran Nabi Muhammad - WUIF
World #QuranHour pada 4 April ini beri tumpuan kepada intipati surah al-Jumu'ah bagi memangkin perubahan positif serta transformasi masyarakat di peringkat global.

Pecutan akhir World #QuranHour, ini 5 tumpuan utama konvoi Pembawa Panji Al-Abrar Bermotosikal
Konvoi Pembawa Panji Al-Abrar Bermotosikal World #QuranHour 1444H, yang merupakan program pecutan akhir, telah dilancarkan pada 11 April 2023.

'Sama seperti solat tarawih 20 rakaat'
Program World #QuranHour boleh memberi semangat kepada umat Islam untuk membudayakan amalan membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.

Astro Oasis penyiar utama World #QuranHour 1444H
Astro Oasis akan menjadi penyiar utama program World #QuranHour 1444H secara langsung di lokasi perdana iaitu UIAM pada 13 April ini.

WUIF jalin sinergi bersama media siar World #QuranHour 1444H
Marhaini Yusoff berkata objektif majlis tersebut adalah tanda kesatuan hati semua pihak media di negara ini.

UIAM penganjur lokasi perdana World #QuranHour
UIAM sebagai tuan rumah sejak 2016 mengalu-alukan kerjasama penganjuran WUIF dan Nu Ideaktiv untuk menjayakan program itu tahun ini.

Raja Permaisuri Agong berangkat ke World #QuranHour 2022
Selepas dua tahun dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), World #QuranHour kali ini dianjurkan bersama penonton.

World #QuranHour pilih surah As-Sajdah
Surah As-Sajdah dipilih bertujuan mengikut model Rasulullah, selain mahu mengubah mindset manusia supaya tidak rasa sombong dalam diri.

World #QuranHour jangka peroleh 100 juta tontonan
World #QuranHour dijangka memperolehi 100 juta tontonan di televisyen dan platform digital tahun ini.

World #QuranHour pentas terbaik umat Islam mendalami al-Quran
Pada hari ini (13 Mei), World #QuranHour bertemakan 'Reboot Global Harmony' telah memilih Surah Ar-Rahman sebagai Surah pilihan yang akan dibacakan oleh Qari dari Malaysia dan Indonesia.