SHAH ALAM: Sebanyak 18 agensi dan platform media tempatan menjalinkan sinergi dalam penganjuran World #QuranHour bagi tahun ini.
Bertemakan 'Memanusiakan Ummah', program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini turut melibatkan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Malaysia (MPAM), Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam dan luar negara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff, objektif majlis tersebut adalah tanda kesatuan hati semua pihak media di negara ini.
"Rakan Sinergi Media mengambil tanggungjawab kemanusiaan dengan menguar-uarkan kempen #QuranHour anjuran WUIF dalam mengimarahkan al-Quran yang menjadi panduan kehidupan manusia sejagat di platform media masing-masing.
"Gabungan media telah melahirkan impak perkembangan misi baca, faham, amal al-Quran dari Malaysia ke seluruh dunia.
"Sehingga tahun 2022, capaian media sosial telah terkumpul sebanyak 3.46 billion," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Taklimat Sinergi Media sempena World #QuranHour 1444H di Shah Alam pada Khamis.
Program ini dijadual diadakan pada 13 April ini, bermula jam 12 hingga 1 tengah hari, bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM sebagai lokasi perdana bagi tahun ketiga berturut-turut.
World #QuranHour bakal menampilkan bacaan daripada qari, perkongsian tadabbur dan resolusi daripada Surah Al-Insan ayat 1 hingga 31 yang akan dibawakan siaran langsung menerusi Astro Oasis, TV Al-Hijrah, serta Facebook Sinar Harian dan QuranHour.
Fareez Azman
Thu Mar 30 2023

Sebanyak 18 agensi dan platform media tempatan menjalinkan sinergi dalam penganjuran World #QuranHour bagi tahun ini. -Foto Sinar Harian

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

World #QuranHour ambil pengajaran tata kelola acuan wahyu, ajaran Nabi Muhammad - WUIF
World #QuranHour pada 4 April ini beri tumpuan kepada intipati surah al-Jumu'ah bagi memangkin perubahan positif serta transformasi masyarakat di peringkat global.

Pecutan akhir World #QuranHour, ini 5 tumpuan utama konvoi Pembawa Panji Al-Abrar Bermotosikal
Konvoi Pembawa Panji Al-Abrar Bermotosikal World #QuranHour 1444H, yang merupakan program pecutan akhir, telah dilancarkan pada 11 April 2023.

'Sama seperti solat tarawih 20 rakaat'
Program World #QuranHour boleh memberi semangat kepada umat Islam untuk membudayakan amalan membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.

Astro Oasis penyiar utama World #QuranHour 1444H
Astro Oasis akan menjadi penyiar utama program World #QuranHour 1444H secara langsung di lokasi perdana iaitu UIAM pada 13 April ini.

WUIF jalin sinergi bersama media siar World #QuranHour 1444H
Marhaini Yusoff berkata objektif majlis tersebut adalah tanda kesatuan hati semua pihak media di negara ini.

UIAM penganjur lokasi perdana World #QuranHour
UIAM sebagai tuan rumah sejak 2016 mengalu-alukan kerjasama penganjuran WUIF dan Nu Ideaktiv untuk menjayakan program itu tahun ini.

Raja Permaisuri Agong berangkat ke World #QuranHour 2022
Selepas dua tahun dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), World #QuranHour kali ini dianjurkan bersama penonton.

World #QuranHour pilih surah As-Sajdah
Surah As-Sajdah dipilih bertujuan mengikut model Rasulullah, selain mahu mengubah mindset manusia supaya tidak rasa sombong dalam diri.

World #QuranHour jangka peroleh 100 juta tontonan
World #QuranHour dijangka memperolehi 100 juta tontonan di televisyen dan platform digital tahun ini.

World #QuranHour pentas terbaik umat Islam mendalami al-Quran
Pada hari ini (13 Mei), World #QuranHour bertemakan 'Reboot Global Harmony' telah memilih Surah Ar-Rahman sebagai Surah pilihan yang akan dibacakan oleh Qari dari Malaysia dan Indonesia.