MELAKA: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 siri 2 dalam laporan pengauditan pematuhan jabatan/agensi negeri Melaka mendapati, terdapat kelemahan dari aspek bayaran terhadap perkhidmatan kawalan keselamatan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
"Laporan audit mendapati denda berjumlah RM5,920, tidak dikenakan terhadap pengawal keselamatan yang tidak membuat rondaan 'docking' dengan teratur.
"Di samping itu denda berjumlah RM45,388 juga tidak dikenakan terhadap kegagalan pihak syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan menyediakan kelengkapan yang mencukupi," menurut laporan tersebut yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi www.audit.gov.my hari ini.
Laporan berkaitan perbelanjaan menggunakan agihan wang zakat bagi asnaf fisabililah pula mendapati, perbelanjaan kepada Jabatan Mufti Melaka berjumlah RM6,150 tidak digunakan mengikut maksud asnaf fisabillah yang sepatutnya, dan terdapat perbezaan jumlah tuntutan perolehan bangunan Wisma Melaka Mesir iaitu RM0.80 juta.
Dalam pada itu, turut dilaporkan berkaitan pengurusan Tanah Adat Melaka melibatkan pejabat tanah dan galian negeri Melaka, pejabat daerah dan Tanah Melaka Tengah serta Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.
Laporan LKAN 2021 merumuskan, pengurusan tanah adat Melaka adalah baik, yang mana penilaian output berdasarkan prestasi keluasan Malacca Customary Lands (MCL) bagi tempoh 2019 hingga 2021 menunjukkan peningkatan dari segi keluasan tanah sejumlah 1,976.19 hektar.
"Pretasi kutipan cukai tanah MCL juga adalah baik, kerana berlaku peningkatan setiap tahun bagi tempoh 2019 hingga 2021," katanya.
Bagaimanapun laporan itu mendapati, terdapat kelemahan dari aspek penguatkuasaan kerana berlaku peningkatan tunggakan cukai tanah bagi tempoh tiga tahun.
Laporan itu memaklumkan kelemahan penguatkuasaan juga menyebabkan berlakunya lot bertindih atau lot tidak dibatalkan hak milik dalam sistem e-Tanah, di samping berlaku kelewatan proses pengambilan tanah menyebabkan pampasan lewat dibayar kepada pemilik tanah.
"Pengurusan dokumen hak milik daftaran juga kurang memuaskan, kerana terdapat perbezaan maklumat pada Sijil Carian Rasmi, Pelan Tanah dan maklumat di Jabatan Ukur dan Pemetaan," katanya.
Sementara itu, laporan LKAN 2021 turut mendapati objektif penubuhan Melaka Sentral Sdn Bhd (MSSB) dalam pengurusan Terminal Melaka Sentral belum dapat dicapai sepenuhnya.
"Pencapaian output bagi penyewaan lot perniagaan kurang memuaskan, kerana pencapai lot perniagaan yang bersewa hanya 56.8 peratus, manakala pencapaian keberhasilan pendapatan utama memuaskan dengan menyumbang 71 peratus kepada keseluruhan pendapatan operasi MSSB," katanya.
Turut dilaporkan ialah prestasi pembayaran dividen, tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
"Antara kelemahan aktiviti penyewaan lot perniagaan ialah penyediaan surat tawaran dan perjanjian penyewaan tidak teratur, kadar denda tidak seragam, penyelengaraan bangunan MSSB tidak teratur dan pemasaran yang tidak strategik dan kurang berkesan.
"Pengurusan kewangan MSSB juga kurang cekap, kerana terdapat perbezaan jumlah kutipan tunai dengan jumlah dibankkan berjumlah RM743,584 di samping tandatangan pada 20 baucer bayaran dan 65 baucer tunai diragui," katanya.
Justeru Mesyuarat Penutup juga telah diadakan bagi tujuan membincangkan penemuan audit dan mendapatkan penjelasan dan maklum balas bagi isu-isu berbangkit di samping membolehkan tindakan pembetulan dan penambaikan diambil oleh ketua jabatan berkenaan.
"Jabatan Audit Negara juga telah mengemukan 11 syor di dalam LKAN Tahun 2021 Siri 2 mengenai aktiviti jabatan dan pengurusan syarikat kerajaan negeri dan pengauditan pematuhan jabatan/agensi negeri Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Laporan berkaitan perbelanjaan menggunakan agihan wang zakat bagi asnaf fisabililah mendapati, perbelanjaan kepada Jabatan Mufti Melaka berjumlah RM6,150 tidak digunakan mengikut maksud asnaf fisabillah yang sepatutnya. - Foto Astro AWANI

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Wujud kelemahan dalam pengurusan JAIM, MSSB dan MCL - LKAN
LKAN Tahun 2021 siri 2 dalam laporan pengauditan pematuhan jabatan/agensi negeri Melaka mendapati, terdapat kelemahan dari aspek bayaran terhadap perkhidmatan kawalan keselamatan JAIM.