Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari mencadangkan agar satu peraturan atau sistem yang adil diwujudkan untuk mengelakkan terjadinya penyalahgunaan aset kerajaan semasa pilihan raya.
Beliau berkata, pihak kerajaan dan pembangkang dengan bantuan agensi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh berbincang agar peraturan atau sistem itu tidak mengetepikan soal keselamatan atau praktikaliti dalam proses pilihan raya.
"Adalah tidak praktikal apabila ada ahli politik, apabila tiba saja di Port Dickson untuk pilihan raya kecil (PRK) contohnya, pemandu dan pengawal terus berhenti dan minta mereka tukar kereta dan sebagainya. Berkempen juga tugas ahli politik dan tidak boleh samakan dengan tugas ketua setiausaha.
"Secara umumnya saya sendiri tidak setuju dengan salah guna dan kita konsisten dalam isu ini seperti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor mengenai penggunaan balai raya dan sebagainya bagi pilihan raya," katanya ketika dihubungi.
Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Perak, bagaimanapun mengakui peraturan atau sistem berkenaan bukan mudah untuk diwujudkan kerana sukar untuk membuat garis pemisah antara tugas rasmi dan tugas tidak rasmi manakala peraturan sedia ada mengenai perkara ini adalah tidak jelas.
Beliau turut meminta badan bukan kerajaan (NGO) Bersih 2.0 supaya mengambil kira lebih banyak aspek dalam tugas ahli politik dan tidak hanya mengambil sikap berkeras dalam menegur dengan mendakwa PH paling banyak melakukan kesalahan ketika PRK sebelum ini.
"Saya ingin menjelaskan kepada Bersih bahawa terdapat sisi-sisi tertentu yang mereka terlepas pandang kerana mereka tidak pernah melalui proses berkenaan.
"Saya bagaimanapun menganggap ini sebagai lumrah kerana mereka adalah NGO dan bukan ahli politik," katanya.
Bersih 2.0 sebelum ini dilaporkan memberi teguran dengan mendakwa PH paling banyak melakukan kesalahan ketika PRK sebelum ini termasuk menggunakan aset kerajaan dan memberi hadiah.
Beberapa calon yang bertanding bagi PRK Parlimen Port Dickson juga sebelum ini telah membuat Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih dan Adil, termasuk calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -- Bernama
Bernama
Mon Oct 08 2018
ABDUL AZIZ: Peraturan tentang penyalahgunaan aset kerajaan ketika pilihan raya masih tidak jelas.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
PRU15: Saya calon terbaik PH untuk Parlimen Tambun setakat ini - Aziz Bari
Sebagai bekas Exco kerajaan negeri dan Ketua Pembangkang ketika ini, beliau percaya mempunyai peluang lebih cerah untuk menang.
Abdul Aziz dilantik ketua pembangkang DUN Perak
Naib Pengerusi DAP Perak itu pernah memegang portfolio Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 2018 hingga Februari lepas.
Kerajaan Negeri Perak pandang serius isu murid ketagih vape
Bagaimanapun setakat ini, tiada laporan mengenai ketagihan vape dalam kalangan murid sekolah rendah di Perak.
Dakwaan tapak sisa plastik di pedalaman hutan tidak benar
Kawasan itu merupakan tapak bahan buangan sisa plastik yang ditempatkan sementara sebelum diproses menjadi bahan bakar alternatif.
Siasat segera lambakan menggunung plastik sampah di pedalaman Perak
Dr. Abdul Aziz Bari berkata beliau amat terkejut dan hairan apabila membaca laporan berita Daily Mail yang membuat pendedahan itu.
Biar polis siasat rakaman audio - Aziz Bari
Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan mengenai perkara itu dan menganggap ia bukan sesuatu yang perlu diberi keutamaan.
'Kenyataan Aziz Bari umpama samseng jalanan, jerat diri sendiri'
Datuk Azian Osman tidak faham seorang yang terpelajar seperti Prof Dr Abdul Aziz Bari boleh mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang asas.