PUTRAJAYA: Malaysia perlu meneruskan dan meningkatkan lagi usaha untuk melaksanakan aktiviti antirasuah bagi mewujudkan persekitaran bebas rasuah dalam sektor awam dan swasta, kata Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.
Beliau berkata, usaha pencegahan rasuah menjadi fokus utama kerajaan kerana rakyat kini giat memerhati dan menghakimi kualiti perkhidmatan kerajaan dan agensinya.
"Perkhidmatan yang baik tanpa rasuah memberikan persepsi lebih baik sekali gus menambah baik skor CPI (Indeks Persepsi Rasuah) negara pada masa hadapan," katanya ketika berucap melancarkan inisiatif pencegahan rasuah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp), di sini, hari ini.
Menurutnya, CPI negara pada tahun lepas naik dari tangga 62 kepada 61 daripada 180 negara, namun indeks yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) pula menunjukkan skor negara turun satu mata kepada 47 berbanding 48 pada tahun sama.
Sementara itu, Sivakumar berkata, Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) HRD Corp melambangkan usaha agensi itu dalam memerangi rasuah dengan menggariskan empat objektif strategik yang memberi fokus kepada tadbir urus, pentadbiran, perolehan dan penguatkuasaan.
Sebanyak 27 inisiatif strategik dikenal pasti di bawah pelan itu bagi membendung salah laku rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan seterusnya memperkasakan tadbir urus terbaik serta berintegriti di HRD Corp, katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023

Malaysia perlu meneruskan dan meningkatkan lagi usaha untuk melaksanakan aktiviti antirasuah bagi mewujudkan persekitaran bebas rasuah dalam sektor awam dan swasta, kata Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tujuh resolusi ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang kepada PM - SPRM
Tujuh resolusi berhubung pembentukan ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional.

Generasi muda main peranan penting pastikan Malaysia bebas rasuah
Sokongan dan komitmen generasi muda memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia bebas daripada rasuah.

RMK12: Undang-undang disemak, digubal untuk tingkat akauntabiliti perkhidmatan awam
Akauntabiliti dan ketelusan adalah penting dalam perkhidmatan awam bagi merealisasikan pendekatan keseluruhan negara ke arah kerajaan bebas rasuah.

Wujudkan persekitaran bebas rasuah dalam sektor awam, swasta - Sivakumar
Usaha mencegah rasuah menjadi fokus utama kerajaan kerana rakyat kini giat memerhati dan menghakimi kualiti perkhidmatan kerajaan dan agensinya.

PRU15: Semua calon Perikatan Nasional bebas rasuah - Azmin
Semua calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya umum ke-15 (PRU15) adalah bebas daripada amalan rasuah, kata Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
![[KOLUMNIS] Masihkah ada harapan untuk Felda bebas rasuah? [KOLUMNIS] Masihkah ada harapan untuk Felda bebas rasuah?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613376906_FELDA.jpg)
[KOLUMNIS] Masihkah ada harapan untuk Felda bebas rasuah?
Masih adakah harapan untuk Felda berubah bebas rasuah dan mencapai objektif kelestariannya apabila berlakunya penarikan pendakwaan rasuah ini?

Penghapusan rasuah sebagai agenda ketiga negara
#RasuahBusters adalah gabungan yang terdiri daripada lebih 300 organisasi teguh dengan jutaan ahli dan penyokong.

Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah
Beliau berkata perubahan dalam kerajaan tidak akan menjamin kepimpinan baharu akan mengelak daripada melakukan perbuatan rasuah dan kesalahan lain.

'Fitnah murahan!' - Salahuddin Ayub nafi akan sertai Bersatu
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai menyifatkan dakwaan tersebut yang dibuat menerusi satu laporan portal sebagai tindakan terdesak pihak yang tertekan dengan perkembangan terkini politik tanah air.

Profesional, teknorat harus diberi peluang dalam kabinet baharu
Dr Muhammad Fathi Yusof berkata golongan berkenaan yang tidak mempunyai ikatan secara langsung dengan parti politik boleh dilantik sebagai senator sebelum diangkat menjadi menteri.