KUALA LUMPUR: Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) sedia menyambut salam perdamaian dengan Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik (BPS) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menjernihkan konflik antara kedua-dua pihak.
Presiden PWM Datuk Chong Kim Fatt menyerahkan kepada pihak Seksyen Sukan BPS KPT bagi mengatur pertemuan sekali gus menyelesaikan kemelut melanda kedua-dua pihak selama ini.
"Saya harap mereka boleh keluarkan surat jemputan dahulu sebelum berjumpa kami," katanya ketika ditemui.
Beliau juga berharap agar seksyen sukan itu mampu merangka prosedur operasi standard jelas berhubung tindakan mempelawa atlet di bawah naungan PWM bagi menyertai sebarang kejohanan atau temasya sukan dikelolakan KPT.
Semalam, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan BPS KPT Datuk Pekan Ramli ketika dihubungi berkata pihaknya bersedia berjumpa dengan PWM bagi menjernihkan semula keadaan demi kebaikan atlet wushu negara.
Terdahulu, Kim Fatt pada satu sidang media memaklumkan PWM membuat keputusan drastik memutuskan segala bentuk kerjasama dengan Seksyen Sukan BPS KPT berkuat kuasa serta-merta.
Bekas ketua kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022 itu berkata keputusan tersebut menyaksikan PWM tidak akan menyertai sebarang kejohanan dikelolakan Seksyen Sukan BPS KPT termasuk temasya seperti Sukan Universiti Dunia (Universiade) dan Sukan Universiti ASEAN selepas ini.
Beliau mendakwa antara isu membuatkan PWM 'hilang sabar' sejak mula bekerjasama pada 2012 termasuk Seksyen Sukan BPS KPT tidak mengutus surat permohonan kepada badan induk itu untuk menyenarai atlet wushu negara bagi menyertai sebarang kejohanan.
Selain itu, seksyen berkenaan juga tidak menyatakan penghargaan kepada mereka sekiranya atlet pulang dengan kejayaan membanggakan pada mana-mana kejohanan atau temasya sukan disertai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023

Datuk Chong Kim Fatt menyerahkan kepada pihak Seksyen Sukan BPS KPT bagi mengatur pertemuan sekali gus menyelesaikan kemelut melanda kedua-dua pihak selama ini. - Gambar/ Sinar Harian

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Piala Dunia Taolu: Atlet wushu Cheong Min sambar emas di Jepun
Tan Cheong Min mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat emas dalam acara nangun pada Piala Dunia Taolu di Yokohama, Jepun.

Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt
Dua sukan tempur yang merupakan lubuk emas negara, wushu dan karate sah akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025, kata Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt.

Kem wushu bawa pulang tiga emas pada kejohanan Asia di Macau
Pingat emas pertama negara muncul menerusi atlet wushu lelaki negara Bryan Ti Kai Jie dalam acara nanquan lelaki.

Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.

Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.

Wushu: PWM sedia terima salam perdamaian Seksyen Sukan BPS KPT
Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) sedia menyambut salam perdamaian dengan Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik (BPS) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Hannah mahu pendekatan lebih segar terhadap sukan wushu
Negara-negara yang berjaya membawa pulang pingat acara wushu di pentas antarabangsa mendapatkan jurulatih dari China.

Sukan Asia Hangzhou: Wushu terlepas peluang tuai pingat pertama negara
Atlet wushu kebangsaan Wong Weng Son menamatkan saingan akhir changquan lelaki, di kedudukan kedua tercorot.

Kim Fatt menang jawatan Naib Presiden Wushu Asia tanpa bertanding
Kim Fatt memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2023-2026 pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif WFA ke-53 semalam.

Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt
Kem wushu dijangka menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.