KUALA LUMPUR : Isu salah guna nama dan lagu kumpulan heavy metal tersohor negara XPDC oleh sebuah band muzik kontroversi nampaknya semakin hangat dibincangkan.
Kini, suara dari wakil dua XPDC iaitu XPDC Kita Pengyu dan XPDC Militia sudah mula kedengaran yang memberi isyarat kemelut ini perlu segera dihentikan.
Manakan tidak, sejak pemergian Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael XPDC pada April 2023, keghairahan kumpulan tersebut didakwa semakin menjadi-jadi apabila tanpa rasa malu menggunakan jenama XPDC sesuka hati.
Mereka bahkan mengadakan persembahan di pelbagai acara dengan mendendangkan lagu-lagu milik XPDC tanpa sebarang kawalan.
Selepas pengurus XPDC Kita Pengyu, Yazid Selamat dan Ali XPDC daripada XPDC Militia tampil membuat kenyataan tentang hak penggunaan nama XPDC, namun ternyata mereka hanya memekakkan telinga
seolah-olah tiada apa-apa malah mendakwa Yazid yang juga sebenarnya anggota asal XPDC sebelum bergelar pengurus sebagai tidak tahu apa-apa dan hanya berbohong.
"Jika berasakan bahawa mereka bukan XPDC tetapi adalah Real XPDC seperti yang didakwa, mereka perlu tampil memberikan dokumen dan bukti untuk membolehkan ia dihalalkan dan tidak menyalahi undang-undang mahupun hak cipta sesiapa," ulas tuan empunya sebenar Real XPDC, Azmey Mat Nasir @ Azmey.
Tampil bagi menafikan segalanya, Azmey menegaskan, segala dakwaan kononnya kumpulan tersebut adalah kepunyaan mereka (kumpulan yang satu lagi) dan berhak atas segala pemilikannya adalah bohong sama sekali, bahkan ia satu penipuan selain menyalahgunakan hak cipta orang lain demi mengaut keuntungan mereka sahaja.
"Tidak benar sama sekali. Siapa mereka ini? Senang-senang nak mengaku Real XPDC adalah hak mereka. Apa buktinya? Boleh sertakan sijil pemilikan apa-apa?
"Real XPDC Production (M) Sdn. Bhd. sebenarnya telah didaftarkan secara rasmi oleh kami bersama Mael pada 30 April 1998 dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
"Ketika itu ia ditubuhkan dengan tujuan untuk meneruskan kerjaya Mael dalam industri muzik tanah air selepas keluar dari XPDC. Real XPDC selepas itu telah menandatangani kontrak dengan pihak EMI Music pada 2002 dan telah mengeluarkan album pada awal 2004," jelasnya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Justeru kata Azmey, dakwaan yang mengatakan bahawa kumpulan tersebut adalah 'Real XPDC' adalah tidak ada kena mengena langsung dan tidak ada kaitan secara rasmi dengan Real XPDC.
Tambahnya, anggota yang membarisi band tersebut langsung tidak pernah terlibat dengan Real XPDC apatah lagi terbabit dengan proses, pembikinan atau sebarang aktiviti penubuhan Real XPDC serta lagu yang dihasilkan.
Kemarahan ramai pihak termasuk anggota XPDC serta peminat tegar terhadap kumpulan terbabit katanya sememangnya berasas, memandangkan mereka bukan sahaja menyalahgunakan nama dan material lagu atau hak cipta, malah telah mengelirukan orang ramai selain didakwa tidak bermoral kerana mengaut keuntungan peribadi dari hasil karya orang lain.
"Tak sepatutnya begitu. Mereka sepatutnya ada rasa malu kerana mereka seakan-akan sudah merompak hasil orang lain dan menjadikan ia sebagai sumber keuntungan. Dalam erti kata lain, itu sebenarnya sama seperti makan hasil curi," kata Azmey.
Lebih menyedihkan, kumpulan terbabit didakwa tidak segan silu mempromosikan acara persembahan mereka di media sosial secara terbuka walaupun sudah banyak kali menjadi sasaran kemarahan peminat XPDC.
Lebih memburukkan keadaan, kata Azmey, pihak penganjur yang membenarkan mereka mengadakan persembahan sepatutnya meneliti terlebih dahulu siapa mereka, kerana nama XPDC adalah besar di negara ini dan sudah dikenali sejak sekian lama.
Jelasnya, penganjur yang menjemput mereka sebenarnya perlu lebih teliti dan berhati-hati kerana ia bukanlah sesuatu yang sihat untuk industri muzik negara.
Beliau turut berharap agar isu itu dapat ditamatkan dalam masa terdekat dengan cara terbaik, selain melihatnya dari sudut tindakan undang-undang yang sepatutnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Feb 18 2024
Azmey berharap agar isu itu dapat ditamatkan dalam masa terdekat dengan cara terbaik, selain melihatnya dari sudut tindakan undang-undang.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
XPDC gagal beraksi di UMK, sekretariat PESKOUMK'14 mohon maaf
Sekretariat PESKOUMK'14 berkata, kegagalan berbuat demikian dipercayai kerana salah faham berhubung isu permit hiburan.
Faktor cuaca punca Rock Warrior Music Festival ditangguhkan
Acara Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung 23 dan 24 Novemberi ini akan ditunda ke satu tarikh baharu sekitar Mei 2025.
Mintalah kebenaran Life Records dulu - XPDC Militia
Difahamkan, dua band sudah mendapat kebenaran syarikat rakaman Life Records selaku pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan XPDC.
'Tukar nama atau tubuh band tribute!' - Freddie Fernandez usul cadangan selesai kemelut XPDC
Pihak yang ingin meneruskan persembahan dengan lagu-lagu XPDC perlu mendapat keizinan dan restu sepenuhnya daripada kedua-dua kumpulan asal itu.
'Keterlaluan' - Freddie Fernandez komen kemelut babitkan kumpulan XPDC
Sebarang usaha untuk mewujudkan satu lagi kumpulan muzik dengan menggunakan nama dan genre yang sama hanya akan melahirkan versi tiruan yang merosakkan kualiti dan jenama.
Tahap kesihatan Ali XPDC 'pelik tapi benar'
Serangan strok tidak melemahkan semangat Ali yang kelihatan kembali bangkit berjuang dalam industri muzik tanah air.
Album baharu XPDC nanti masih ada sentuhan terakhir arwah Mael - Ary
Prestasi Ary juga semakin hari semakin menunjukkan keterampilan dan mutu vokal yang memberangsangkan serta terbukti menerusi konsert-konsert yang diadakan.
XPDC bakal gegar MAEPS buat kali kedua
Namun, kali ini XPDC tidak berganding dengan Cromok tetapi dengan kumpulan Khalifah pada 7 Mei 2023.
Bekas pemain bass XPDC meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia pada jam 12.04 tengah malam di Hospital Selayang selepas tiga hari dimasukkan ke hospital.
Selepas fasa berkurung, XPDC 'mengamuk' di Tawau, Pulau Pinang
SEBUT saja nama kumpulan XPDC pasti hampir semua peminat muzik rock tanah air kenal dan mengakui sudah lama tidak melihat kelibat empat anggotanya beraksi ligat di pentas.