MELAKA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menarik atau memadam video muzik Hari Raya menampilkan usahawan kosmetik terkenal baru-baru ini, yang jelas mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata selain itu, MCMC juga digesa mengambil tindakan sewajarnya di bawah akta suruhanjaya itu, agar tindakan biadab seumpama itu tidak berulang terutama oleh individu sama khususnya di dalam bulan Ramadan.
"Sudah sampai masanya tindakan yang lebih tegas diambil pihak bertanggungjawab terutama MCMC, kerana ia melibatkan penyebaran dalam ruang siber, tidak perlu lagi amaran diberikan kepada individu berkenaan, kerana beliau banyak kali terlibat dengan kontroversi seumpama itu.
"MCMC bukan sahaja boleh menarik balik atau mengharamkan video berkenaan, tetapi kepada penyebar dan pembuat video itu juga boleh diambil tindakan. Ada batas yang tidak boleh dilanggar terutama di Malaysia dan melibatkan masyarakat Muslim, dan dalam tempoh Ramadan ini," katanya kepada pemberita selepas Program Bantuan Hari Raya Aidilfitri Yadim di sini hari ini.
Terdahulu beliau meluangkan masa membantu ibu tunggal Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi dan empat anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun memilih pakaian raya sumbangan Yadim.
Beliau berkata Yadim juga bersedia membuat laporan kepada MCMC berkaitan video muzik berkenaan sekiranya diperlukan, bagi membolehkan tindakan diambil ke atas individu tersebut.
Katanya selain itu orang ramai diseru menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna, agar hiburan yang dikategorikan sebagai 'sampah' tidak disajikan lagi kepada masyarakat secara umum.
Tuan Kamarul Arief berkata video muzik berkenaan dilihat hanya sebagai salah satu kaedah pemasaran oleh individu berkenaan untuk perniagaannya, walaupun pendekatan tersebut adalah tidak betul dan dilabel sebagai 'bad promotion'.
Dalam pada itu, beliau berkata Yadim berkata komited untuk mengekang proses normalisasi LGBT di negara ini menerusi pelbagai pendekatan termasuk penerangan, penguatkuasaan undang-undang dan advokasi berterusan yang akan digerakkan kira-kira 10,000 ejen dakwah yayasan berkenaan, yang berada di peringkat universiti dan sekolah.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Yadim memperuntukkan kira-kira RM500,000 bagi membantu 10,000 asnaf, fakir dan miskin sepanjang Ramadan ini.
Sementara itu, Umi Nur Faizah yang mencari barangan terpakai untuk membesarkan empat anaknya berkata beliau bersyukur mendapat sumbangan pakaian Hari Raya untuk mereka sekeluarga, sekali gus memberi keceriaan kepada anaknya untu menyambut lebaran.
"Alhamdulillah, syukur... ada juga baju raya untuk empat anak saya dan diri saya. Saya tidak menyangka dapat membuat persiapan Hari Raya seperti orang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022

Tuan Kamarul Arief, MCMC juga digesa mengambil tindakan sewajarnya di bawah akta suruhanjaya itu, agar tindakan biadab seumpama itu tidak berulang. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KRU artis Malaysia pertama menggunakan AI Generatif dalam video muzik
KRU lancar video muzik terkini 'Voodoo' yang menggabungkan konsep dari era terdahulu bersama inovasi teknologi.

Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.

Inilah Inca Medina, anak gadis Malique yang muncul dalam video Sedih Hati!
Malique menampilkan anak daranya, Inca Medina dalam muzik video lagu terbabit versi akustik.

Usahawan wanita terkenal akan didakwa Selasa
Seorang ahli perniagaan wanita terkenal akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas kesalahan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang.

Yadim desak MCMC tarik, padam video muzik Hari Raya promosi LGBT
MCMC juga digesa mengambil tindakan sewajarnya di bawah akta suruhanjaya itu, agar tindakan biadab seumpama itu tidak berulang terutama oleh individu sama khususnya di dalam bulan Ramadan.

BTS rangkul 2 anugerah video muzik di MTV Jepun
BTS memenangi anugerah untuk Video Kumpulan Terbaik bagi hit single mereka "Butter" dan Video Kolaborasi Terbaik untuk lagu "My Universe".

Lapan individu terlibat iklan judi raya ditahan
Sebanyak 38 laporan polis berkaitan video ini dibuat sebelum polis menahan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga 26 tahun yang berlakon dalam iklan berkenaan.

"Saya tak naik kapal untuk suka-suka" - Alyah pertahan kunjungannya ke Langkawi
Alyah dituduh oleh segelintir netizen sebagai tidak mematuhi prosedur operasi standard kerana merentas negeri ketika pelaksanaan PKP.

ANAM 2020: 'Ittihad' menang Anugerah Lagu Nasyid Terbaik
Pemenang lain termasuk Kumpulan Inteam bagi Anugerah Nasyid Pilihan; Aniq Muhai (Artis Nasyid Baharu Pilihan); Nissa Sabyan (Nasyid Nusantara Pilihan); dan Rabbani (Vokal Nasyid Terbaik).

Alena julang nama Sarawak di persada muzik dunia - Abdul Karim
Pencalonan Alena Murang bagi dua kategori mampu membuka mata pencinta muzik global mengenai keindahan muzik Sarawak dan keindahan alam semulajadinya.