PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) perlu terus memainkan peranan sebagai jurucakap di peringkat lapangan khususnya dalam memberikan kefahaman berkaitan agenda membangun Malaysia MADANI melalui program yang menarik dan interaktif.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata dalam suasana masyarakat majmuk, YADIM perlu melipat-gandakan usaha untuk menyebarkan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang dalam masyarakat.
"Aktiviti serta program kemasyarakatan bersama komuniti merentasi budaya dan agama perlu diteruskan untuk memupuk kerukunan.
"Bibit-bibit perpecahan dan pergeseran dalam masyarakat perlulah ditangani dengan penuh hikmah," katanya semasa berucap di Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas YADIM di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata yayasan dakwah itu juga perlu menjadi tonggak kepada JPM (Hal Ehwal Agama) khususnya untuk menggerakkan badan bukan kerajaan (NGO) Islam agar terus ke hadapan seiring dengan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
"Selain itu, YADIM perlu tampil sebagai sebuah 'universiti' yang mengeluarkan pendakwah muda berilmu, berakhlak mulia serta bersemangat waja untuk membangunkan negara berteraskan nilai-nilai MADANI," katanya.
Mohd Na'im berkata sejak penubuhannya 50 tahun lepas, YADIM berada di lapangan menjadi payung dan penggerak kepada usaha dakwah serta menjalankan kerja-kerja penyelarasan badan dakwah NGO Islam di Malaysia.
"Pelaksanaan program yang berimpak tinggi dengan pendekatan yang strategik, nyata telah melonjakkan peranan YADIM di peringkat nasional dan antarabangsa.
"Aspek pendidikan, sosial dan kebajikan, ziarah dakwah termasuk di pedalaman sentiasa diberikan perhatian oleh barisan pengurusan dan penggerak YADIM," katanya dan berharap seluruh warga yayasan dakwah itu untuk terus berusaha untuk tampil sebagai institusi yang melestarikan dakwah MADANI.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024

Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata dalam suasana masyarakat majmuk, YADIM perlu melipat-gandakan usaha untuk menyebarkan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang dalam masyarakat. - Gambar fail/Astro AWANI
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM
Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyara

ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.

YADIM disaran tingkat usaha sebar nilai rahmah dalam dakwah
Aktiviti serta program kemasyarakatan bersama komuniti merentasi budaya dan agama perlu diteruskan untuk memupuk kerukunan dalam masyarakat.

Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
Daurah Hadis 40 Imam Nawawi diharap dapat meningkatkan kefahaman guru pendidikan Islam berkaitan Hadis 40 Imam Nawawi.

Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.

YADIM main peranan beri kefahaman agenda Malaysia MADANI - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, YADIM perlu melipat-gandakan usaha untuk menyebarkan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang dalam masyarakat.

Tiga beradik buta usahakan kraftangan, bantal kekabu
Warga emas tiga beradik OKU penglihatan usahakan kraftangan dan bantal kekabu untuk kelangsungan hidup.

Miss Plus World tetap diadakan, penganjur perlu tepati janji
YADIM tetap mengambil pendirian dan keputusan membantah Miss Plus World sekiranya ia diteruskan dan masih menyerupai ala pertandingan ratu cantik wanita.

Santuni asnaf, jangan sampai ada yang tercicir - YADIM
Katanya terdapat aduan yang diterima dari beberapa individu yang mendakwa tercicir dari senarai penerima.

Menteri Hal Ehwal Agama turun padang bantu pelajar IPT terkandas
Dalam ciapannya di Twitter, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata satu penyelarasan akan dibuat antara agensi agama di bawah kendaliannya.