MELAKA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menyalurkan peruntukan segera berjumlah RM500,000 dalam pelbagai bentuk bagi membantu meringankan beban mangsa banjir, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
Beliau berkata, peruntukan berkenaan termasuk wang tunai berjumlah RM20,000 kepada negeri yang terjejas banjir, barangan keperluan dan pembukaan Dapur Rakyat di kawasan terjejas banjir.
"Kami menyasarkan sebanyak 10 Dapur Rakyat akan dibuka di negeri terjejas banjir dan setakat ini sebanyak empat 'Dapur Rakyat' telah dibuka antaranya di Hulu Langat, Selangor dan Kampung Pandan di Kuala Lumpur.
"Menerusi pengoperasian Dapur Rakyat, makanan berbungkus akan disediakan untuk mangsa serta petugas banjir dan kami juga menyalurkan barangan keperluan seperti tilam, selimut dan bantal," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sukarelawan Yadim Selebriti, Penyampaian Musa'adah Yadim dan Program Kembali ke Sekolah Sempena Bulan Dakwah 2.0 di sini hari ini.
Majlis berkenaan dilancarkan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Nordin dan turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman.
Pada majlis yang diadakan dengan kerjasama MPHTJ itu, Yadim turut menyampaikan bantuan kepada 100 penerima antaranya pemandu teksi, e-hailing dan murid sekolah di Melaka melibatkan lebih RM50,000.
Tuan Kamarul Arief berkata selain itu, kira-kira 10,000 sukarelawan Yadim di seluruh negara akan digerakkan secara berperingkat bagi membantu mangsa banjir yang terjejas termasuk membersihkan rumah mangsa terjejas.
Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 500 sukarelawan dari Johor dan Pahang telah turun ke negeri terjejas dan sukarelawan terlibat mempunyai jadual mereka bagi melancarkan khidmat bantuan yang disalurkan.
"Kami pun mempunyai pusat latihan di Hulu Langat dan alhamdulillah pusat tersebut tidak dilanda banjir...ia akan digunakan sebagai hab bagi mengatur dan merangka khidmat bantuan yang diberikan," katanya.
Terdahulu, beliau berkata, Sukarelawan Yadim Selebriti merupakan satu daripada program yang julung kali dilancarkan sempena Bulan Dakwah 2.0 untuk menarik lebih ramai golongan selebriti menjadi sukarelawan Yadim.
Katanya golongan selebriti mempunyai pengaruh mereka tersendiri dan menerusi penglibatan mereka sebagai sukarelawan akan menarik lebih banyak masyarakat untuk turut menjadi sukarelawan Yadim dan seterusnya terlibat dalam aktiviti bantuan dan kemasyarakatan.
"Kami melihat pelancaran sukarelawan Yadim adalah relevan dalam situasi Malaysia sekarang ini terutama dalam menghadapi bencana banjir, bencana alam dan sebagainya...jadi kami perlukan tenaga sukarelawan yang cukup ramai.
"Justeru kami mengalu-alukan lebih ramai golongan selebriti di seluruh negara untuk menjadi sukarelawan Yadim yang akan terlibat dalam pelbagai ativiti turun padang dan kemasyarakatan yang dilakukan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 23 2021

Yadim telah menyalurkan peruntukan segera berjumlah RM500,000 dalam pelbagai bentuk bagi membantu meringankan beban mangsa banjir, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.