Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah mengagihkan dana lebih RM2.1 juta bagi menguruskan kos perubatan bekas atlet negara untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh berkata pemberian dana bantuan itu bertujuan meringankan bebanan atlet yang mempunyai masalah kesihatan termasuk sakit kronik.
Menurut Jamil, atlet yang berdaftar dengan YAKEB berpeluang menerima bantuan kebajikan termasuk pembayaran kos rawatan perubatan serta bantuan kewangan untuk ahli keluarga yang tidak berupaya untuk berkerja akibat daripada masalah kesihatan.
Setakat ini, 2,500 ahlinya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak berdaftar dengan YAKEB.
"Setakat ini saya rasa kita tidak ketinggalan membantu kesemua ahli dan tidak memilih bulu. Kalau ada orang mengatakan tidak menerima bantuan daripada kerajaan, khususnya YAKEB, bagi saya ini bukanlah satu perkara yang benar sebab kita telah pun memberi bantuan ini sejak penubuhan YAKEB 2007," katanya ketika ditemui di kediaman bekas jaguh basikal, Ng Joo Pong di Shah Alam.
Beliau yang juga pengerusi YAKEB berkata kerajaan telah memperuntukkan RM2.5 juta setahun bagi membiayai keperluan bekas atlet di negara ini.
Jamil berkata demikian ketika menyerahkan kerusi roda kepada bekas jaguh basikal 60-an Ng Joo Pong, 70, yang kini menghidap penyakit angin ahmar, di kediamannya.
YAKEB turut membayar kos rawatan perubatannya RM20,000 di pusat hospital pakar bagi membantu Joo Pong yang tidak lagi mampu bekerja.
Joo Pong yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak pernah mewakili negara dalam perlumbaan basikal di peringkat antarabangsa dengan memenangi pingat emas dan gangsa sejak tahun 1963.
"YAKEB pun sudah tolong tapi saya minta orang lain minta sedikit pun sudah mencukupi bagi menambah sedikit kewangan anak saya untuk mendapat perubatan saya.
"Memang YAKEB ada dan tanpa perdana menteri kita yang menyokong bekas atlet, YAKEB tak akan wujud," katanya ketika ditemui Astro AWANI di kediamannya.
Orang ramai yang ingin terus menghulurkan derma kepada keluarga ini boleh berbuat demikian di akaun Maybank Ng Joo Pong 114160845567 atau menghubungi talian 012-277 3553.
Anthea Yap
Sat Oct 03 2015
![YAKEB bayar dana lebih RM2.1 juta bantu bekas atlet negara YAKEB bayar dana lebih RM2.1 juta bantu bekas atlet negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51443874623_yakebdana.jpg)
YAKEB membayar kos rawatan perubatan sejumlah RM20,000 bagi membantu Joo Pong yang tidak lagi mampu bekerja.
![Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
![Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi! Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739595654_AwieMBOR.jpg)
Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!
MEMANG sukar untuk dipercayai sebenarnya apabila melihat Datuk Awie mampu 'henjut' lebih 25 buah lagu bersama tiga kumpulan rock berbeza untuk tempoh empat jam tanpa henti.
![Wanita ditemui mati dalam tandas Wanita ditemui mati dalam tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739599151_WanitaMautTandas.jpg)
Wanita ditemui mati dalam tandas
Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Taman Yuk Kwan di Batu Gajah pada Sabtu.
![Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739595287_TBZaliha.jpg)
Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.
![Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739597935_TBbotterbalik.jpg)
Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas
Seorang pemuda dikhuatiri lemas manakala tiga lagi ahli keluarganya terselamat selepas bot digunakan mereka untuk menjala terbalik di Jasin.
![CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739590711_CaptainNorazmanMah.jpg)
CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.
Hampir 10,000 kakitangan agensi kerajaan dipecat pentadbiran Trump
Kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk untuk mengurangkan birokrasi negara itu secara ketara menyaksikan pemecatan hampir 10,000 kakitangan kerajaan Persekutuan.
AWANI Ringkas: Isu hal ehwal agama bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739591642_AgoDagangJejakHa.jpg)
Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang
Maklum balas itu bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang mencadangkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.
![‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM ‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739596349_AnwarIbrahimPecah.jpg)
‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.
![Lima bekas atlet calon pengarah teknikal, pengurus prestasi tinggi sukan terjun Lima bekas atlet calon pengarah teknikal, pengurus prestasi tinggi sukan terjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691538442_LIMA.jpg)
Lima bekas atlet calon pengarah teknikal, pengurus prestasi tinggi sukan terjun
Daripada enam individu itu, empat daripadanya memohon jawatan pengarah teknikal manakala dua bagi posisi pengurus prestasi tinggi.
![Bekas atlet olahraga negara Zulkifli Yatim meninggal dunia Bekas atlet olahraga negara Zulkifli Yatim meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657374670_ZulkifliYatimmeni.jpg)
Bekas atlet olahraga negara Zulkifli Yatim meninggal dunia
Bekas atlet olahraga negara Zulkifli Mohd Yatim meninggal dunia akibat kanser hidung di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.
![G. Shanti harap muka baharu atasi rekod kebangsaannya G. Shanti harap muka baharu atasi rekod kebangsaannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/51502773152_pelumbapecutnegara.jpg)
G. Shanti harap muka baharu atasi rekod kebangsaannya
Bekas ratu pecut negara G.Shanti berharap rekod kebangsaan 100 meter dan 200 meter yang dipegangnya sehingga kini dapat dipecahkan atlet olahraga pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
![KL2017: 'Pingat emas kejutan buat saya dan negara' - Farah Begum KL2017: 'Pingat emas kejutan buat saya dan negara' - Farah Begum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71502119218_FarahBegum.jpg)
KL2017: 'Pingat emas kejutan buat saya dan negara' - Farah Begum
Farah Begum mengakhiri penantian negara untuk merangkul pingat emas bagi acara terjun wanita Sukan SEA apabila menjuarainya pada tahun 1999.
![Sukan SEA: Orang lain sibuk berlatih di trek, tetapi saya berlatih di pool - P.Kuganeswari Sukan SEA: Orang lain sibuk berlatih di trek, tetapi saya berlatih di pool - P.Kuganeswari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81500959885_KuganeswariSEAGam.jpg)
Sukan SEA: "Orang lain sibuk berlatih di trek, tetapi saya berlatih di pool" - P.Kuganeswari
Kuganeswari yang meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan 400m berkata beliau tidak menjangkakan kemenangan itu kerana baru sahaja menjalani rawatan fisioterapi selama 12 minggu.
![YAKEB bayar dana lebih RM2.1 juta bantu bekas atlet negara YAKEB bayar dana lebih RM2.1 juta bantu bekas atlet negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51443874623_yakebdana.jpg)
YAKEB bayar dana lebih RM2.1 juta bantu bekas atlet negara
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah mengagihkan dana lebih RM2.1 juta bagi menguruskan kos perubatan bekas atlet negara untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.