Jabatan Pelajaran Pulau Pinang yakin insiden kebocoran kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu tidak akan berulang tahun ini berikutan penambahbaikan prosedur oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengarah Pelajaran Negeri Shaari Osman berkata, pelbagai langkah telah diambil termasuk pemantauan yang lebih ketat termasuk memastikan setiap pengawas dan kakitangannya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak inisiden soalan bocor yang berlaku pada tahun 2013.
“Kita telah mengikuti SOP sepenuhnya pada kali ini sebab itu saya memantau pagi tadi dan saya telah mendapati ia telah mengambil kira penambahbaikan yang telah dimulakan pada tahun ini.
"Kita doakan pada tahun ini kita dapat mengelakkan daripada berlaku kebocoran kerana ia merugikan semua pihak sebenarnya. Pelajar-pelajar juga akan terjejas dari segi psikologi dan ia sepatutnya dielakkan daripada berlaku,” ujar Shaari.
Beliau berkata demikian selepas meninjau perjalanan hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul, Bayan Lepas pada Isnin.
Tambah Shaari, pihaknya memberi komitmen akan memberi perhatian serius dalam melindungi kerahsiaan kertas-kertas soalan SPM untuk mengelakkan ia mengganggu emosi calon-calon SPM.
Insiden kertas soalan SPM bocor dilaporkan berlaku pada tahun 2013 membabitkan kertas soalan Matematik.
Shaari berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan perjalanan peperiksaan SPM yang berjalan lancar hari ini.
Seramai 22,642 calon menduduki peperiksaan SPM bermula hari ini di 168 pusat peperiksaan di seluruh negeri Pulau Pinang.
Semua calon terdiri daripada 20,067 sekolah menengah kerajaan, 566 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),157 calon sekolah agama, 120 calon sekolah swasta dan 1,732 calon persendirian.
Selain itu, terdapat 93 calon bantuan khas yang menduduki SPM hari ini.
Calon-calon bantuan khas itu antaranya adalah daripada golongan yang mengalami Sindrom Down, kurang upaya penglihatan dan pendengaran, rabun dan spastik.
Astro Awani
Mon Nov 02 2015
![Yakin insiden kertas soalan bocor tidak berulang - Pengarah Pelajaran Negeri Yakin insiden kertas soalan bocor tidak berulang - Pengarah Pelajaran Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444614434_950x600.jpg)
Jabatan pelajaran Pulau Pinang memberi komitmen akan memberi perhatian serius dalam melindungi kerahsiaan kertas-kertas soalan SPM untuk mengelakkan ia mengganggu emosi calon-calon SPM. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Sistem e-Selfaudit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (6 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [6/2/2025] – Tragedi helikopter di Bentong | Ziana, Jalaluddin, Sheikh Muszaphar beri keterangan | Garis panduan di rumah ibadat bukan Islam
- Jurutera maut dilibas bilah helikopter dalam nahas di Bentong
- Fokus keterangan tiga selebriti, SPRm teliti jumlah bayaran diterima
- Kabinet bincang garis panduan orang Islam dalam rumah ibadat bukan Islam
- Kementerian Pendidikan tidak kompromi pelajar hisap vape
- Fokus keterangan tiga selebriti, SPRm teliti jumlah bayaran diterima
- Kabinet bincang garis panduan orang Islam dalam rumah ibadat bukan Islam
- Kementerian Pendidikan tidak kompromi pelajar hisap vape
![Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738839864_WanSurayaWanMohd.jpg)
Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya
Syarikat-syarikat milik kerajaan digesa mengguna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya sebagai pembaharuan dalam kaedah pengauditan bagi memantapkan tata kelola syarikat kerajaan.
Trump mahu Gaza: Rakyat AS akan bangkit menentang - Penganalisis
Profesor Hubungan Antarabangsa UNISZA dan Felo Kanan Hal Ehwal Antarabangsa Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh berkata rakyat Amerika Syarikat dijangka akan bangkit dan mengadakan demonstrasi terhadap keputusan Presiden Donald Trump untuk mengambil alih Gaza. Bekas tahanan Israel pada tahun 2018 itu menjelaskan bantahan itu susulan keputusan berkenaan jelas merugikan negara berkenaan. #DialogTigaPenjuru
Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin berkata mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel. Jelasnya, mekanisme ini merupakan satu prinsip yang telah diiktiraf diperingkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). #DialogTigaPenjuru
![OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738845163_TBOKUSAMPAH.jpg)
OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Dialog Tiga Penjuru: Lagi kes aniya haiwan
Sumbat ‘oyen’ dalam guni, belas ihsan manusia semakin menipis? Tanggungjawab melindungi haiwan (pelihara dan terbiar), kalau bukan kita siapa lagi? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
![Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731988419_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan pembelian meluas ketika sesi akhir, dengan petunjuk pasaran menamatkan dagangan pada paras tertinggi harian, dipacu oleh saham-saham tenaga, kata penganalisis.
![Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738846682_TBZAIHAM.jpg)
Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok.
![Yakin insiden kertas soalan bocor tidak berulang - Pengarah Pelajaran Negeri Yakin insiden kertas soalan bocor tidak berulang - Pengarah Pelajaran Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444614434_950x600.jpg)
Yakin insiden kertas soalan bocor tidak berulang - Pengarah Pelajaran Negeri
Pelbagai langkah diambil termasuk pemantauan lebih ketat termasuk memastikan setiap pengawas dan kakitangannya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).