Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu semua pihak menggembleng tenaga untuk menangani penyebaran fahaman syiah di negara ini.
Mufti Kedah Datuk Syeikh Mohamad Baderuddin Ahmad berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan perkara itu semasa beliau menghadap Seri Paduka yang juga Sultan Kedah di Istana Anak Bukit dekat sini semalam.
Katanya Seri Paduka melahirkan kebimbangan terhadap penularan fahaman syiah yang semakin serius di negara ini termasuk di Kedah walaupun penyebaran fahaman itu dilarang di negara ini.
Tuanku Abdul Halim turut menitahkan supaya hukuman berat dikenakan terhadap mereka yang dikesan menyebarkan fahaman itu yang cuba menghakis pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini, katanya.
Syeikh Mohamad Baderuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama di seminar menangani isu Syiah di Malaysia peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Zon Utara, di sini hari ini.
Syeikh Mohamad Baderuddin berkata golongan muda antara mereka yang mudah tertarik terhadap fahaman syiah kerana difahamkan ditawarkan wang ringgit dan lawatan ke luar negara.
"Baru-baru ini ada maklumat yang diterima, ada remaja yang telah menunjukkan kepada rakannya kesenangan selepas dia ikut syiah. Remaja ini tak ada kereta sebelum ini dan bila dia masuk syiah dia dah ada kereta dan kesenangan.
"Umpan-umpan macam ini boleh menawan hati remaja untuk ikut syiah ini. Mereka juga tertawan dengan tarikan nikah mutaah yang memudahkan pasangan untuk berkahwin selain dibawa membuat lawatan ke negara yang dipimpin syiah. Semua ni nak tarik ramai orang masuk syiah," katanya.
Bernama
Thu Sep 12 2013


Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

JHEAIK tahan 21 individu dipercayai pengikut Syiah
JHEAIK menahan 21 individu termasuk enam kanak-kanak yang dipercayai pengikut Syiah pada Selasa lepas.

Israel gunakan Doktrin Dahiya, gempur Lubnan - Bekas Duta Besar ke Lubnan
Israel menggunakan Doktrin Dahiya dalam operasi ketenteraannya ke atas Lubnan dengan menyasarkan infrastruktur dan lokasi tumpuan awam.

Arab Saudi dan Iraq umum kes pertama COVID-19
DUA negara di Timur Tengah iaitu Arab saudi dan Iraq mengumumkan kes Covid-19 yang pertama, pada Isnin.

Gerakan Syiah di Selangor membimbangkan - MAIS
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyatakan gerakan ajaran Syiah di negeri ini dilihat semakin meluas dan membimbangkan.

Kongres mahu pemegang jawatan tertinggi Malaysia beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah
Kongres itu mahu aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja diamalkan dalam semua polisi, undang-undang dan amalan berkaitan Islam di negara ini

Hanya Sunni boleh dapatkan keadilan untuk Syiah - Ahli Akademik
Ia dapat mengurangkan jurang pemisahan antara Sunni dan Syiah, serta mampu membantu masyarakat Islam Malaysia menjadi lebih maju.

Tinggal 'beg' bawah kerusi, 12 maut bas mini meletup
Letupan berlaku ketika bas tersebut melalui sebuah pos pemeriksaan tentera Iraq, kira-kira 10 kilometer di selatan Karbala, menuju ke arah bandar al-Hilla.

MIC jadi suara majoriti kaum India
Dr Mahathir mendakwa Dr Zakir cuba bermain politik kaum yang akan mengundang perselisihan faham antara pelbagai kaum yang hidup aman damai di negara ini.

Aktiviti ajaran sesat di Terengganu terkawal
Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda berkata, pihaknya bersama pihak berkuasa sentiasa melakukan pemantauan bagi mengekang ia daripada menular.

"Banyak otak jahat dalam dunia risikan" - Prabowo
Prabowo Subianto mengkritik badan risikan Indonesia yang disifatkannya sering menggunakan strategi untuk melagakan satu sama lain dalam memecah-belahkan rakyat.