Santapan ulam setiap hari menjadi rahsia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah nampak muda dan sentiasa kacak.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, hidangan ulam menjadi sajian wajib dan ramuan sesiapa untuk kekal menjadi awet muda.
"Ulam ulaman saya kongsi di sini, Tuanku Agong setiap hari kalau bersantap mesti ada ulam, kalau tidak ada ulam, tidak sah. Tuanku selalu bertitah, dia hensem sebab dia makam ulam, Tuanku memang cerita dekat semua orang.
"Tuanku kata dia hensem dan nampak muda sebab banyak makan ulam. Siapa hendak awet muda silalah makanlah ulam," katanya semasa bertitah pada pelancaran buku 'Ulam-Ulaman Khazanah Negara dan 1,001 Khasiat, di sini, pada Khamis.
Persediaan buku itu melibatkan beberapa pakar dalam bidang botani dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) yang terdiri daripada Professor Emeritus Datuk Dr Abdul Latiff Mohamad, Professor Dr Amin Ismail, Dr Mohd Norfaizal Ghazali, Dr Mohd Firdaus Ismail dan Dr Samsiah Jusih.
Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, sebanyak 657 jenis ulam-ulaman dikumpul dan dicari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari seluruh negara sejak 2017 untuk menerbitkan buku tersebut.
Jelasnya, khidmat nasihat dan rujukan daripada pakar di dalam bidang botani menjadikan buku itu sesuai untuk dijadikan rujukan dan penduan mengenai cara penggunaan ulam dan khasiatnya.
Apabila minat, kesedaran dan pengetahuan mengenai khasiat ulam-ulaman dapat ditingkatkan di kalangan rakyat, permintaan terhadap ulam-ulaman tempatan juga turut dapat ditingkatkan.
"Keadaan ini memungkinkan ulam-ulaman tempatan berpotensi menjadi salah satu sumber kekayaan baharu yang boleh diteroka dan mewujudkan peluang yang besar untuk usahawan-usahawan menceburkan diri dan mengkomersialkan sektor ini," jelasnya.
Katanya, buku itu juga merupakan salah satu dari usaha kerajaan dalam membangunkan industri pertanian dan industri asas tani negara khususnya meningkatkan pendapatan petani yang berkaitan sayur-sayuran dan ulam-ulaman.
Wan Syamsul Amly
Thu Oct 10 2019

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunjukkan buku Ulam - ulaman Khazanah Negara dan 1001 Khasiat selepas merasmikannya hari ini. - Foto BERNAMA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tampil awet muda bak anak dara, ini rahsia penampilan Sheila Majid tak makan dek usia
Macam tak sangka lagi tiga tahun, beliau bakal menginjak ke usia 60 tahun. Apa rahsianya?

Umur 32 tahun tapi wajah, badan persis remaja 14 tahun
Lahir pada tahun 1987, bermakna umurnya kini adalah 32 tahun namun lihat pada wajah dan tubuhnya, ramai mengatakan usianya baru 14 ke 15 tahun.

Jus antipenuaan, 18 set campuran buah dan sayuran untuk kekal cantik dan awet muda
Campuran buahan-buahan dan sayuran ini akan memberi manfaat kepada yang mengamalkannya.

Yang di-Pertuan Agong 'hensem' sebab hari-hari makan ulam - Tunku Azizah
Santapan ulam setiap hari menjadi rahsia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah nampak muda dan sentiasa kacak.

Krisdayanti suntik DNA ikan salmon untuk awet muda
KD memberitahu rawatan tersebut merupakan salah satu rahsia kecantikannya dan ia diambil bagi tujuan mencerahkan kulit wajah.

Minum minyak sawit merah: Semua akan jadi awet muda - Teresa Kok
Dewan Rakyat hari ini gamat seketika apabila Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengajak ahli-ahli Parlimen supaya mengambil minyak sawit merah untuk kekal awet muda.
.jpg)
Surah Yusuf rahsia awet muda Nassier Wahab
Sebelum ini beliau juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan.

Wanita kisar uri untuk jadikan 'smoothie', beri suami dan anak minum
Woodall membayar £30 untuk uri mentahnya itu dijadikan 'smoothie', manakala bahagian lain dikeringkan untuk dijadikan pil kapsul, dengan kos tambahan £150.

Jogging tanpa seurat benang sebab nak kekal 'awet muda'
Inna Vladimirskaya, 32, mendakwa dia akan berjogging tanpa memakai seurat benang di kawasan bersalji yang mencatat suhu -9 darjah Celsius sebelum berenang di sungai Dnieper di Kiev.