Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan pengurniaan DBNS kepada bekas Naib Canselor UKM Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
Bernama
Wed Feb 12 2025
Mohd Ekhwan dianugerahkan DBNS yang membawa gelaran Datuk pada 14 Jan 2019. - Gambar fail/ Bernama
SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
Pendaftar Darjah Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan tersebut bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan.
Mohd Ekhwan dianugerahkan DBNS yang membawa gelaran Datuk pada 14 Jan 2019.