KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata beliau sedang melihat dengan serius langkah-langkah perlu dilaksanakan termasuk memotong elaun Ahli Parlimen jika mereka terus tidak hadir ketika sesi sidang Parlimen.
Johari berkata beliau perlu melaksanakan sesuatu yang lebih ketat untuk meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi dan kawasan parlimen yang diwakili.
Beliau berkata ada cadangan termasuk daripada bekas Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang mahu Peraturan Mesyuarat Parlimen dipinda untuk memudah cara pelaksanaan tindakan sedemikian.
"Saya rasa ia adalah agak wajar kerana pada masa sekarang kami tidak ada peraturan itu bermakna Ahli Parlimen tidak ada kekangan melakukannya. Selepas hadir buat seketika, mereka blah, ini tidak adil, kata bekas Ahli Parlimen Gurun itu dan menambah beliau juga sedia untuk meningkatkan ketelusan dengan memuat naik rekod kedatangan Ahli Parlimen dalam laman sesawang Parlimen.
Tetapi saya perlu melihat pada aspek perundangan sama ada ia boleh atau tidak tetapi bagi saya secara peribadi sudah tentu ia wajar tetapi sekali lagi seperti saya katakan saya perlu melihat kepada mekanisme dan undang-undang termasuk Peraturan Mesyuarat sama ada ia dibenarkan atau tidak, kata beliau pada mesyuarat Kelab Concorde hari ini.
Kelab Concorde adalah sebuah perjumpaan tidak rasmi sekumpulan pengarang dan wartawan kanan dengan ahli politik dan pembuat dasar utama. Turut hadir Pengerusi Bernama yang baharu Datuk Seri Wong Chun Wai.
Pada 29 Ogos lepas, Johari dilapor mencetuskan idea untuk memotong elaun Ahli Parlimen jika mereka tidak hadir ke sesi sidang Parlimen sebagai satu langkah mencegah ketidakhadiran dalam kalangan mereka. Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat itu kadang-kadang Ahli Parlimen tidak hadir selama beberapa hari tetapi beliau tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan walaupun mereka dibayar RM500 sebagai elaun harian.
Sementara itu Johari berharap pada sidang Parlimen akan datang yang bermula pada 9 Okt akan dipenuhi dengan perbahasan dan idea berkualti untuk pembangunan negara.
"Jika anda mahu melangkah ke hadapan, anda perlu bercakap mengenai pembangunan negara, masa hadapan dan idea untuk tahun-tahun mendatang. Itulah sebenarnya yang diinginkan terhadap Ahli Parlimen kerana jika anda masih membincangkan soal isu remeh, maka kita tidak akan ke mana.
Tambahan pula, satu kajian menunjukkan golongan muda semakin berminat untuk mendengar perbahasan jadi mereka tahu apa yang berlaku di Parlimen. Maka, saya fikir adalah penting untuk menunjukkan nilai yang baik," katanya.
Mengenai rombakan kabinet, Johari berkata beliau tidak begitu mengetahuinya tetapi sememangnya menyedari bahawa tempoh pelantikan senator untuk satu atau dua menteri akan tamat tidak lama lagi, maka ini memerlukan rombakan.
"Sama ada Perdana Menteri mahu mengisi jawatan itu atau tidak, saya tidak tahu. Lagipun bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub sudah lama meninggal (dunia), dan kami perlukan seseorang untuk mengendalikan kementerian itu tanpa membebankan menteri-menteri lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023

Johari berkata beliau perlu melaksanakan sesuatu yang lebih ketat untuk meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi dan kawasan parlimen yang diwakili. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.

Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.

Tiada masalah jika Bersatu cabar keputusan yang Dipertua Dewan Rakyat di mahkamah - Johari
Johari tidak menolak kemungkinan Bersatu mencabar keputusannya tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen dengan membawa perkara itu ke mahkamah.

Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.

Buang tanda nama 'PN' pada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.

Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat bukan didorong kerajaan - Mohamed Khaled
Keputusan mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Parlimen Bersatu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak didorong oleh mana-mana pihak.

Status kekosongan kerusi enam wakil rakyat Bersatu tertakluk kepada Speaker
Ahmad Zahid berkata beliau juga menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Lawatan rasmi Johari perkukuh hubungan diplomatik, kerjasama Parlimen Malaysia-Jepun
Lawatan rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun dilihat berjaya memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia-Jepun.

Wan Junaidi, Johari hadiri persidangan CSPOC di Uganda esok
Wan Junaidi dan Johari Abdul akan menghadiri persidangan Conference of Speakers and Presiding Officers of The Commonwealth di Uganda.

Sidang Dewan Rakyat pamer tahap akauntabiliti tertinggi - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata ia dapat dilihat menerusi keberkesanan perjalanan urusan persidangan itu, sesi Kamar Khas dan fungsi setiap JKPK Dewan Rakyat.