TAIPING: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sehingga kini membelanjakan RM6 juta bagi projek bina baru dan baik pulih 155 unit kediaman di seluruh negara melalui Program Inspirasi MyHAUS.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, jumlah tersebut memanfaatkan 604 isi rumah.
"Untuk tahun 2023 sahaja, YaPEIM memperuntukkan RM5 juta bagi proses pembinaan dan baik pulih rumah," katanya ketika sidang media selepas simbolik penyerahan rumah baharu kepada dua penerima, di sini. pada Ahad.
Mohd Na'im berkata, dua rumah berkenaan yang bernilai RM120,000 diserahkan kepada Norazman Yang Hazali, 49, di Jalan Batu Matang, dan Ahmad Azudin Mat Salleh, 49, dari Kampung Jaha, di sini.
Sementara itu, Norazman bersyukur kerana terpilih menyertai program itu kerana sebelum ini dia bersama isteri dan dua anak mereka tinggal di rumah sewa selama 21 tahun.
"Alhamdulillah, dengan adanya rumah baharu ini kami dapat menjimatkan perbelanjaan kerana sebelum ini sewa rumah naik saban tahun," kata peniaga kedai makanan itu.
Norazman juga menerima Pakej Bantuan Kelestarian Perniagaan hingga RM3,000 berupa peralatan dan wang tunai daripada YaPEIM.
Terdahulu Mohd Na'im turut menyampaikan bantuan Sinar Kasih dan Inspirasi Prihatin YaPEIM kepada empat beradik yang kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan jalan raya di KM3.5 Jalan Gopeng-Kota Bharu, di Gopeng pada 11 Julai lepas.
Mereka ialah Nur Fatin Syafika Mohd Ramddan, 18, Muhammad Ikhman Hafifi, 17, Muhammad Aiman Dania, 13, dan Nur Fatihah Najihah, 10.
- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, jumlah tersebut memanfaatkan 604 isi rumah. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Nahas Ayer Keroh: Dua beradik yatim piatu terima sumbangan YaPEIM
Sumbangan berjumlah RM6,900 itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Qari, qariah Malaysia muncul juara Tilawah Antarabangsa ke-64
Qari dan qariah Malaysia dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran bagi kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 malam ini.

Media perlu sebar luas berita yang benar, bantu peranan agensi agama - Mohd Na'im
Pengamal media perlu memainkan peranan dalam menyebarluaskan berita yang benar bagi membantu peranan agensi agama di negara ini.

YaPEIM cari punca kuasa kawal NGO kutip derma - Mohd Na'im
Kerajaan menerusi YaPEIM sedang berbincang dan mencari punca kuasa bagi mengawal NGO yang mengutip derma kemanusiaan untuk didaftarkan di bawah agensi berkenaan.

YaPEIM lancar klinik dan perniagaan mesin layan diri
Mohd Na'im berkata, projek KS Vending dianggar akan memperolehi keuntungan antara RM1,500 dan RM3,000 sebulan.

YaPEIM belanja RM6 juta bina, baik pulih rumah asnaf
YaPEIM sehingga kini membelanjakan RM6 juta bagi projek bina baru dan baik pulih 155 unit kediaman di seluruh negara melalui Program Inspirasi MyHAUS.

650 bekas atlet terima bantuan daripada YaPEIM, PPIM
Inisiatif program ini diadakan khusus bagi membantu bekas-bekas atlet kebangsaan di seluruh negara yang sedang berdepan kesukaran.

YaPEIM peruntuk RM5.17 juta sumbang makanan kepada golongan B40 seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM5.17 juta bagi sumbangan makanan kering dan daging segar untuk diagihkan kepada 153 daerah di seluruh negara.

YAPEIM saran Wilayah Bebas Niaga dipeluas ke seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) menyarankan agar inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang bermula esok di kawasan Wilayah Persekutuan diperluaskan konsepnya ke semua negeri di Malaysia.

Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.