TELOK PANGLIMA GARANG: Kerajaan menerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedang berbincang dan mencari punca kuasa bagi mengawal badan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip derma kemanusiaan untuk didaftarkan di bawah agensi berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata usaha itu bagi mengelakkan NGO tertentu mengambil kesempatan terhadap kebaikan rakyat di negara ini yang sangat prihatin dengan isu kemanusiaan.
"Dengan cara ini, kita boleh kawal (NGO yang mengambil kesempatan), YaPEIM juga boleh menyenaraihitamkan NGO yang didapati menyeleweng wang yang disumbangkan oleh orang awam.
"Kerajaan tidak mahu pihak ini (NGO) memanipulasi rakyat dengan mewujudkan tabung segera tetapi tidak menyumbangkan kepada mereka yang memerlukan," katanya dalam sidang media selepas program Ziarah MADANI YaPEIM Negeri Selangor di Masjid Al-Hidayah di sini hari ini.
Mohd Na'im turut menyeru orang awam supaya memeriksa latar belakang sesebuah NGO sebelum menyalurkan sebarang sumbangan.
"Saya sarankan untuk menderma di Tabung Musaadah Rahmah Madani Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), saya pasti (badan ini akan) memberikan sumbangan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin dan golongan sasar yang memerlukan sumbangan ini.
"Orang ramai juga boleh semak beberapa NGO yang berdaftar di bawah YaPEIM, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) dan Yayasan Taqwa," katanya.
Mengulas mengenai program hari ini, beliau berkata YaPEIM memperuntukkan bantuan sumbangan berjumlah RM277,000, termasuk tiga rumah baharu menerusi program Inspirasiku MyHAUS .
"Hari ini, kami turut mengagihkan bantuan bank makanan kepada 100 penerima berjumlah RM10,000, agihan bantuan Inspirasi Prihatin YaPEIM kepada 40 penerima sebanyak RM10,000 dan agihan tunai RM12,000 kepada Pejabat Pendidikan Kuala Langat.
"YaPEIM turut menganjurkan program Celik Kendiri kepada 100 pelajar dengan kos RM5,000 yang merupakan program motivasi pendidikan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah," katanya.
Setakat ini, Mohd Na'im berkata YaPEIM melalui Program Inspirasi MyHAUS telah memperuntukkan lebih RM9 juta membabitkan 200 projek bina baharu dan baik pulih kediaman di seluruh negara sejak hujung 2020.
"Untuk 2023 sahaja, program ini membabitkan 49 projek melibatkan 37 bina baharu dan 12 baik pulih kediaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 02 2023

Mohd Na'im turut menyeru orang awam supaya memeriksa latar belakang sesebuah NGO sebelum menyalurkan sebarang sumbangan. - Gambar Bernama

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Nahas Ayer Keroh: Dua beradik yatim piatu terima sumbangan YaPEIM
Sumbangan berjumlah RM6,900 itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Qari, qariah Malaysia muncul juara Tilawah Antarabangsa ke-64
Qari dan qariah Malaysia dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran bagi kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 malam ini.

Media perlu sebar luas berita yang benar, bantu peranan agensi agama - Mohd Na'im
Pengamal media perlu memainkan peranan dalam menyebarluaskan berita yang benar bagi membantu peranan agensi agama di negara ini.

YaPEIM cari punca kuasa kawal NGO kutip derma - Mohd Na'im
Kerajaan menerusi YaPEIM sedang berbincang dan mencari punca kuasa bagi mengawal NGO yang mengutip derma kemanusiaan untuk didaftarkan di bawah agensi berkenaan.

YaPEIM lancar klinik dan perniagaan mesin layan diri
Mohd Na'im berkata, projek KS Vending dianggar akan memperolehi keuntungan antara RM1,500 dan RM3,000 sebulan.

YaPEIM belanja RM6 juta bina, baik pulih rumah asnaf
YaPEIM sehingga kini membelanjakan RM6 juta bagi projek bina baru dan baik pulih 155 unit kediaman di seluruh negara melalui Program Inspirasi MyHAUS.

650 bekas atlet terima bantuan daripada YaPEIM, PPIM
Inisiatif program ini diadakan khusus bagi membantu bekas-bekas atlet kebangsaan di seluruh negara yang sedang berdepan kesukaran.

YaPEIM peruntuk RM5.17 juta sumbang makanan kepada golongan B40 seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM5.17 juta bagi sumbangan makanan kering dan daging segar untuk diagihkan kepada 153 daerah di seluruh negara.

YAPEIM saran Wilayah Bebas Niaga dipeluas ke seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) menyarankan agar inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang bermula esok di kawasan Wilayah Persekutuan diperluaskan konsepnya ke semua negeri di Malaysia.

Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.