PETALING JAYA: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melancarkan dua projek di bawah Koperasi SANTUN YaPEIM Berhad iaitu Klinik SANTUN dan Koperasi SANTUN Vending (KS Vending) yang dilihat mampu memberi manfaat kepada masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata projek KS Vending ini dianggarkan akan memperolehi keuntungan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan dan setakat ini sebanyak 15 unit mesin layan diri itu ditempatkan di Universiti Malaya.
"Saya berharap dapat diperluaskan dalam platform bilik pameran, institusi pengajian awam dan swasta serta beberapa agensi kerajaan yang lain.
"Saya berharap Koperasi SANTUN ini akan terus dapat berinovasi menggunakan idea-idea terkini untuk memperkenalkan produk-produk baharu yang kemudiannya memberi manfaat kepada ahli-ahli kerana keuntungan kembali kepada mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran projek itu di sini, semalam.
Klinik SANTUN yang dilancarkan semalam juga, telah membuka cawangan pertamanya di Jalan Reko, Kajang dan telah mula beroperasi sejak Januari lepas.
Kedua-dua projek berkenaan adalah salah satu daripada kejayaan oleh anak-anak asnaf yang pernah menerima bantuan daripada YaPEIM iaitu anak-anak SANTUN yang merupakan sebahagian daripada peserta program kebajikan yayasan itu.
Dalam pada itu, Mohd Na'im turut meluahkan rasa bangga kerana pada hari ini anak-anak asnaf yang telah disantuni oleh YaPEIM berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan kini mereka pula yang membantu ibu bapa masing-masing.
"Suatu masa dahulu ibu bapa mereka ini menerima zakat, tetapi Alhamdulillah mereka yang dilatih dan diberi ilmu keusahawanan akhirnya dapat bangunkan perniagaan masing-masing keluar daripada kemiskinan dan kemudian ini mereka pula menjadi pembayar zakat," katanya.
Selain itu, Koperasi SANTUN juga mempunyai sebuah farmasi, Farmasi SANTUN yang terletak di Guar Chempedak, Kedah namun berpindah ke Puncak Jalil, Selangor dan telah memulakan operasinya pada Jun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Pada Isnin, Mohd Na'im (tiga, kiri) melancarkan tiga projek perniagaan Koperasi SANTUN YaPEIM Berhad iaitu Klinik SANTUN, Farmasi SANTUN dan Koperasi SANTUN Vending. - Facebook Dato' Setia Dr Na'im

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Nahas Ayer Keroh: Dua beradik yatim piatu terima sumbangan YaPEIM
Sumbangan berjumlah RM6,900 itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Qari, qariah Malaysia muncul juara Tilawah Antarabangsa ke-64
Qari dan qariah Malaysia dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran bagi kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 malam ini.

Media perlu sebar luas berita yang benar, bantu peranan agensi agama - Mohd Na'im
Pengamal media perlu memainkan peranan dalam menyebarluaskan berita yang benar bagi membantu peranan agensi agama di negara ini.

YaPEIM cari punca kuasa kawal NGO kutip derma - Mohd Na'im
Kerajaan menerusi YaPEIM sedang berbincang dan mencari punca kuasa bagi mengawal NGO yang mengutip derma kemanusiaan untuk didaftarkan di bawah agensi berkenaan.

YaPEIM lancar klinik dan perniagaan mesin layan diri
Mohd Na'im berkata, projek KS Vending dianggar akan memperolehi keuntungan antara RM1,500 dan RM3,000 sebulan.

YaPEIM belanja RM6 juta bina, baik pulih rumah asnaf
YaPEIM sehingga kini membelanjakan RM6 juta bagi projek bina baru dan baik pulih 155 unit kediaman di seluruh negara melalui Program Inspirasi MyHAUS.

650 bekas atlet terima bantuan daripada YaPEIM, PPIM
Inisiatif program ini diadakan khusus bagi membantu bekas-bekas atlet kebangsaan di seluruh negara yang sedang berdepan kesukaran.

YaPEIM peruntuk RM5.17 juta sumbang makanan kepada golongan B40 seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM5.17 juta bagi sumbangan makanan kering dan daging segar untuk diagihkan kepada 153 daerah di seluruh negara.

YAPEIM saran Wilayah Bebas Niaga dipeluas ke seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) menyarankan agar inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang bermula esok di kawasan Wilayah Persekutuan diperluaskan konsepnya ke semua negeri di Malaysia.

Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.