PETALING JAYA: Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman mengemukakan representasi bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.
Peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Muhammad Yasin memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat bahawa pihaknya memfailkan representasi tersebut pada 26 Sept lepas.
"Saya memohon maaf kerana representasi tersebut diserahkan sedikit lambat iaitu pada 26 Sept 2022. Ini memandangkan beberapa dokumen perubatan penting yang kami terpaksa pohon baharu diperoleh dalam dua minggu lepas.
"Dokumen-dokumen ini (perubatan) kami masukkan di dalam representasi yang agak komprehensif agar pihak pendakwaan mengkaji pertuduhan tersebut," kata Ariff Azami pada pengurusan kes hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha berkata pihak pendakwaan telah menerima representasi itu dan masih dalam pertimbangan.
Mahkamah menetapkan 3 Nov ini untuk pihak pendakwaan memaklumkan keputusan representasi.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan selama 15 hari bermula 6 Mac tahun depan.
Pelantun lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, 24 Mac lepas.
Pertuduhan memiliki dadah adalah mengikut Seksyen 6 Akta ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Peguam Yasin memaklumkan kepada Hakim bahawa pihaknya memfailkan representasi tersebut pada 26 Sept lepas. - Gambar fail/ Shahir Omar
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Petugas TH anjur solat hajat, bacaan yasin sempena ketibaan jemaah haji
Majlis tersebut diadakan di surau Ibu Pejabat TH di bangunan Roha Madinah selepas waktu maghrib.

Tiga hari hilang, mayat remaja ditemukan terapung selepas bacaan Yasin
Mayat mangsa Rabani Abdul Razak, 14, ditemukan orang awam awal pagi tadi.

Najib sambut Hari Kebangsaan dengan bacaan tahlil, yasin
Beliau yang hadir jam 7:20 tadi turut menyertai jemaah untuk solat maghrib bersama.

Najib dan isteri hadir majlis tahlil Allahyarham bapa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis tahlil dan bacaan yasin untuk Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.