PASIR MAS: Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire adalah antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas berjaya meneroka pasaran luar Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan Yaya Nadia Empire, Nadia Mat Isa, selepas lapan tahun bertapak dalam industri berkenaan, kejayaan meneroka pasaran luar negara itu ingin dikongsikan bersama usahawan tempatan supaya mampu berdaya saing.
"Selepas lapan tahun, Yaya Empire telah menempa nama dalam industri pengeluaran haruman atau perfume dengan 580 bauan yang dihasilkan dari pati buah-buahan dan tumbuhan.
"Melalui lebih 1,000 ejen jualan Yaya Empire di seluruh negara, ia telah pun berjaya memasarkan haruman jenama Yaya Empire ke negara antaranya Brunei, Singapura, Thailand dan Korea Selatan," katanya ketika ditemui di Yaya Bossku Mega Expo di Pasir Mas malam tadi.
Pemimpin Emas Anugerah Remaja Perdana itu, turut memaklumkan usaha dan kejayaannya turut disumbangkan melalui penglibatannya dalam program belia negara serta sokongan dari Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri Kelantan, Mohd Saifuddin Zakaria.
Katanya, sebagai permulaan ke arah menghimpunkan usahawan tempatan, penganjuran expo Yaya Bossku Mega Expo yang diadakan di luar bandar iaitu di daerah Pasir Mas kali ini dilihat sebagai salah satu platform dalam mencari bakat dan mengenal potensi usahawan.
"Ini kali pertama syarikat Yaya Nadia Empire terlibat dengan penganjuran bersama Bossku Mega Expo. Kenapa saya sertai, kerana saya anak jati Kelantan dan ingin menyokong serta mendokong peniaga dan usahawan supaya merancakkan lagi jualan termasuk mewar-war produk Yaya Empire," tambahnya.
"Harapan saya dengan nama Yaya Empire dapat menarik pengunjung pengunjung di sekitar daerah Pasir Mas dan luar Pasir Mas supaya datang menyokong peniaga agar dapat memperkenalkan produk "awareness"," jelasnya.
Sementara itu, penganjur Yaya Bossku Mega Expo, Muhamad Shamirul Ashraf Sharif berkata, penganjuran expo di Pasir Mas kali ini bermula pada 11 April lepas sehingga 11 Mei depan.
"Untuk penganjuran kali ini berlangsung di bandar Tasik Raja Pasir Mas, kerana kawasan ini berada di lokasi strategik serta menjadi tarikan pengunjung selain sebagai usaha merancakkan ekonomi di daerah Pasir Mas.
"Peniaga di Pasir Mas dan peniaga yang berniaga di expo ini diberikan ruang dan peluang menambahkan pendapatan," katanya.
Yaya Bossku Mega Expo malam tadi turut diserikan dengan penampilan artis ternama, Datuk Jamal Abdillah dan persembahan dikir barat gabungan Melayu dan Thailand.
Jamal yang ditemui turut teruja kerana buat pertama kali dapat membuat persembahan di Pasir Mas sekali gus dapat bertemu peminat dari daerah yang terletak bersempadan dengan Thailand.
"Sambutan dari rakyat Pasir Mas amat memberangsangkan dan menyokong persembahan malam ini dengan kehadiran yang begitu ramai.
"Saya mengenali Yaya Empire sewaktu pembikinan video tempoh hari, dan Yaya menjemput saya membuat persembahan di sini.
"Penganjuran expo yang menghimpunkan peniaga tempatan merupakan sesuatu yang baik ke arah memangkin ekonomi penduduk setempat selain membuka rezeki mereka, ianya di luar kotak kerana boleh berniaga dan mendapat hiburan," katanya.
Yaya Bossku Mega Expo semalam menyaksikan kehadiran lebih 10,000 pengunjung yang memeriahkan tapak expo.
Selain diserikan dengan celoteh dua penyampai radio Gegar, Issey dan Fizie, persembahan dikir barat juga menyerikan persembahan malam tadi.
Jamal menyampaikan lima buah lagu dalam persembahan malam tadi antaranya lagu Kekasih Awal dan Akhir, Sendiri dan Lancang Kuning.
Muhafandi Muhamad
Sun May 05 2024
Penganjuran Yaya Bossku Mega Expo yang diadakan di luar bandar iaitu di daerah Pasir Mas kali ini dilihat sebagai salah satu platform dalam mencari bakat dan mengenal potensi usahawan. - Foto Alifzuriham
Insiden tembakan: Pusat beli-belah disahkan selamat, kata polis
Pemeriksaan lanjut di dalam pusat beli belah ini disahkan dalam keadaan selamat.
China perketat prosedur daftar masuk hotel bagi kanak-kanak untuk tingkatkan keselamatan
Pengusaha hotel kini diwajibkan mengesahkan identiti kanak-kanak, mendapatkan maklumat penjaga.
Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran.
Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalan belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.
Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti
Perdana Menteri Lubnan yang dilantik, Nawaf Salam mengumumkan pembentukan kerajaan baharu di Beirut pada Sabtu.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan
Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan, dengan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berubah-ubah antara 1,580 dan 1,600 mata.
China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar
China tegas menentang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menggugat hubungannya dengan Panama melalui tekanan dan ancaman.
FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja
Pengilang diminta memaklumkan kepada pekerja mereka mengenai inisiatif terkini PERKESO dalam mempermudah proses rawatan perubatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.
TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan
Sebanyak RM3.6 juta daripada RM100 juta peruntukan TEKUN Nasional sudah diagihkan kepada 143 usahawan komuniti India, selepas peruntukan itu diumumkan pada 14 Jan lepas.
Yaya Empire buktikan syarikat tempatan mampu tempa nama sebagai usahawan ‘perfume’ bertaraf antarabangsa
Yaya Empire adalah antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas berjaya meneroka pasaran luar Malaysia.