KUCHING: Yayasan Sarawak memberikan peluang alternatif buat anak negeri itu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, yang boleh dimanfaatkan terutamanya bagi mereka yang tidak mendapat tempat menerusi Unit Pengambilan Universiti (UPU).
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak memiliki lima universiti di negeri ini yang boleh memberi tempat kepada anak Sarawak untuk melanjutkan pelajaran.
Ia terdiri daripada Swinburne University di Kuching, Curtin University di Miri, University Of Technology Sarawak (UTS) di Sibu selain Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) serta Kolej Universiti i-CATS.
"Ini bermakna peluang anak kita agak cerah. Jika dulu kalau nak masuk universiti kita perlu memohon melalui UPU, tetapi kadang-kadang tidak dapat tempat atau jurusan yang diberi itu tidak kita minati.
"..tetapi sekarang di bawah universiti yang dipunyai kerajaan Sarawak kita tidak lagi hanya bergantung pada UPU," katanya semasa berucap pada Majlis Anugerah Khas Premier Sarawak ke-30 di sini, hari ini.
Diperkenalkan pada tahun 1992, anugerah itu memberi pengiktirafan pada pihak sekolah, warga pendidik dan juga murid yang cemerlang dalam usaha meningkatkan standard pendidikan dan pembangunan modal insan di Sarawak.
Seramai 58 penerima diraikan pada hari ini.
Sementara itu Abang Johari berkata Yayasan Sarawak memainkan peranan penting dalam membuka peluang pendidikan kepada anak Sarawak sejak penubuhannya pada 1971.
"Yayasan Sarawak sudah berjaya melahirkan anak-anak kita yang mempunyai ilmu, malah ramai antara mereka telah berjaya dan menjadi pemimpin negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak memiliki lima universiti di negeri ini yang boleh memberi tempat kepada anak Sarawak untuk melanjutkan pelajaran. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Sarawak sasar hasilkan 200 doktor dalam lima tahun - Abang Johari
Bagi mencapai sasaran itu, Yayasan Sarawak menawarkan biasiswa kepada graduan perubatan untuk memberi peluang kepada mereka.

Yayasan Sarawak buka peluang alternatif kepada UPU - Abang Johari
Yayasan Sarawak memberikan peluang alternatif buat anak negeri itu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Sarawak sedia insentif RM30 juta bantu pelajar bayar tunggakan PTPTN
Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah mengadakan rundingan dengan pihak PTPTN untuk menentukan kaedah pembayaran balik tunggakan kepada PTPTN.

16 Sept hari bermakna untuk rakyat Sarawak - Abang Jo
Tanggal 16 September merupakan hari yang amat bermakna untuk rakyat Sarawak kerana hari itulah Sarawak telah bersama-sama Malaya, Sabah dan Singapura membentuk sebuah negara bernama Malaysia.

Anak jati dipelawa sertai pertandingan kemerdekaan Sarawak
Anak Sarawak dipelawa menyertai pertandingan mencipta tema, logo dan lagu sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Sarawak dan penubuhan Malaysia