Young Muslim Sports Club (YMSC) dengan kerjasama keluarga Seeni Food & Beverage Sdn Bhd mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya mencapai sasaran memberikan 10,200 pek mi goreng sotong secara percuma selama 24 jam.
Sijil pengiktirafan diserahkan oleh Pegawai MBOR Edwin Hoh kepada Presiden YMSC Munower Sadiq MKE Kader Sultan dengan disaksikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam satu majlis yang berlangsung di Padang Kota Lama di sini hari ini.
Munower Sadiq berkata kejayaan itu tidak akan tercipta tanpa bantuan ahli jawatankuasa YMSC serta tiga generasi keluarga tukang masak iaitu Sheik Abidin AKM Mustaffa, 78 (datuk), Seeni Mohamed Sheik Abidin, 46 (bapa) dan Syed Muhammad Hafiz Seeni Mohamed, 24 (anak), menerusi program Most Mee Goreng Sotong Giveaway.
"Saya ucapkan tahniah serta syabas kepada seluruh jentera yang bertungkus-lumus siang dan malam bersama dengan tiga generasi ini untuk menggoreng mi tanpa henti.
"Dengan usaha mereka, kami turut berjaya memperkenalkan makanan tradisi warga Penang ini kepada pelancong luar. Orang Melaka, Kedah, Ipoh, Perlis, semua ada datang," katanya ketika ditemui Bernama di Padang Kota Lama di sini hari ini.
Sementara itu, Syed Muhammad Hafiz berkata antara cabaran yang dihadapi apabila terpaksa mengorbankan waktu tidur untuk membuat persiapan bagi memastikan cubaan memecah rekod tersebut berjaya.
"Persiapan untuk memasak mi goreng sotong ini mengambil masa 72 jam dan dalam tempoh itu kita tak tidur. Kita bermula dengan menyediakan segala dokumen dan membawa bahan mentah sebelum berjuang selama 24 jam tanpa henti menggoreng 10,000 pek mi.
"Tujuan kami cipta rekod dalam MBOR ini juga bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-45 Seeni Food. Saya sangat terharu, gembira dan bangga dengan kejayaan ini," katanya.
Chow dalam ucapannya pula berkata usaha itu membuktikan rakyat negeri ini turut memainkan peranan aktif dalam memajukan Pulau Pinang.
"Usaha ini bertetapan dengan Visi Penang2030 iaitu 'Memperkasa Rakyat bagi Meningkatkan Penyertaan Awam' yang melahirkan masyarakat aktif, kreatif dan kritis ke arah masyarakat MADANI," katanya.
Program Most Mee Goreng Sotong Giveaway dijalankan selama 24 jam bermula 5 petang semalam hingga 5 petang ini di Padang Kota Lama dan ia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Syed Muhammad Hafiz berkata antara cabaran yang dihadapi apabila terpaksa mengorbankan waktu tidur untuk membuat persiapan bagi memastikan cubaan memecah rekod tersebut berjaya. - Gambar Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

YMSC cipta rekod MBOR, beri 10,200 pek mi goreng dalam 24 jam
YMSC dengan kerjasama keluarga Seeni Food & Beverage Sdn Bhd mencatat rekod dalam MBOR apabila berjaya mencapai sasaran memberikan 10,200 pek mi goreng sotong secara percuma selama 24 jam.