JITRA: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memperuntukkan sejumlah RM2.1 juta bagi melaksanakan Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB, khusus untuk pelajar luar bandar tahun ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata program tersebut dilaksanakan di 60 pusat tuisyen terpilih di seluruh negara dengan penglibatan seramai 6,000 pelajar.
"Usaha ini bagi memastikan pelajar luar bandar tidak keciciran dan mendapat akses bimbingan secara percuma serta pendedahan akademik terbaik.
"Tuisyen ini kita berikan secara percuma kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia khususnya pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah terutama di luar bandar yang mempunyai tahap penguasaan akademik sederhana dan lemah", katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Mas Rizal Mohd Hilmi pada majlis pelancaran program tuisyen tersebut di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi YPM Datuk Mohd Razman Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif YPM Mohd Amran Mohd Ariffin.
Tuisyen Pintar YPM @KPLB merupakan program tanggungjawab sosial korporat YPM dengan kerjasama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang dilantik sebagai penyelaras bersama.
Mahdzir berkata sejak dilaksanakan pada 2016, program tersebut telah memanfaatkan 80,581 pelajar luar bandar dan telah berjaya meningkatkan prestasi pelajaran mereka.
Beliau berkata setiap pusat tuisyen akan disertai 100 pelajar yang akan mendapat bimbingan terus daripada guru berkelayakan daripada kementerian atau MARA yang dikenal pasti oleh PPD.
"Mereka akan diajar teknik pembelajaran, menjawab soalan dan sesi motivasi bersama pelajar serta ibu bapa.
"Dengan kejayaan Program Tuisyen Pintar tahun-tahun sebelum ini, kita telah mendapat perhatian daripada syarikat korporat yang menyatakan hasrat untuk tajaan bagi 2022," katanya menambah antara syarikat yang telah menyatakan persetujuan termasuk Maybank Islamic Bhd, Celcom Axiata Bhd, Yayasan Khazanah, Gas Malaysia Bhd dan Ambank Islamic.
Beliau berkata YPM sentiasa membuka peluang kepada syarikat korporat, agensi luar serta individu untuk bersama-sama membantu dalam pembangunan pendidikan khususnya kepada pelajar luar bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022

Mahdzir berkata Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB dilaksanakan di 60 pusat tuisyen terpilih di seluruh negara dengan penglibatan seramai 6,000 pelajar. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

YPM peruntuk RM2.1 juta untuk tuisyen pelajar luar bandar - Mahdzir
Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memperuntukkan sejumlah RM2.1 juta bagi melaksanakan Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB, khusus untuk pelajar luar bandar tahun ini.

Program Celik Al-Quran YPM manfaatkan pelajar
20 orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih mengikuti Program Celik Al-Quran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang diadakan dalam jangka masa tiga bulan.