Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, dan dua yang lain mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dakwaan pelanggaran hak cipta novel berjudul "Aku Bohsia".
Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum, yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, membenarkan rayuan dikemukakan Yusof, anaknya, pelakon-pengarah, Syamsul dan syarikat mereka, Skop Production Sdn Bhd.
Beliau menerima dua persoalan undang-undang berkaitan dakwaan pelanggaran hak cipta yang dikemukakan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili pemohon untuk diputuskan Mahkamah Persekutuan pada pendengaran rayuan.
Panel itu turut dianggotai hakim Mahkamah Tinggi Tan Sri Zainun Ali dan Tan Sri Aziah Ali.
Pada 21 Mac tahun lepas, panel tiga anggota Mahkamah Rayuan membenarkan saman hak cipta novelis Elias Idris terhadap pemohon (Yusof, Syamsul and Skop Production).
Novelis berkenaan (Elias), yang menggunakan nama pena Anne Natasha Nita, mendakwa terdapat banyak persamaan antara novel beliau, "Aku Bohsia" dengan filem terbitan pemohon, 'Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam', dari segi plot, watak dan mesej.
Mahkamah Rayuan memberi kepada Elias perintah untuk mengisytiharkan bahawa pemohon telah melanggar hak cipta novel karangannya dan satu perintah lagi agar mereka membayar kepadanya ganti rugi, yang jumlahnya akan ditentukan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan juga memberi satu perintah injunksi kepada Elias bagi menghalang pemohon dan ejen mereka daripada terus menerbitkan, menyiarkan dan menerbitkan semula filem berkenaan, tanpa kebenarannya (Elias) secara bertulis.
Sementara itu, Mahkamah Rayun juga memerintahkan pemohon menyerahkan semua naskhah dan barang yang dilanggar hakciptanya kepada Elias atau namaannya (nominee).
Mahkamah Rayuan, yang dianggotai hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Datuk Dr Badariah Sahamid dan Datuk Mary Lim Thiam Suan, membenarkan rayuan Elias dan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak samannya terhadap pemohon.
Mahkamah itu juga mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi agar Elias membayar ganti rugi RM100,000 kepada pemohon dalam tuntutan balas mereka terhadap beliau (Elias) kerana dakwaan memfitnah.
Elias, 65, memfailkan saman terhadap Yusof, 63, nama sebenar beliau Md Yusof Md Aslam, Syamsul, 33, dan Skop Production, pada 24 Nov 2014.
Yusof, Syamsul dan Skop Production memfailkan saman balas terhadap Elias berkaitan dua artikelnya yang didakwa bersifat memfitnah yang tersiar secara dalam talian pada 7 Nov dan 16 Nov 2014.
Dalam kenyataan bela diri mereka difailkan pada 5 Jan 2015, Yusof, yang terkenal kerana drama terbitannya, Gerak Khas, Syamsul, dan Skop Production, berkata mereka tidak pernah membaca atau malah mendengar nama novel itu serta menafikan menjadikannya sebagai asas bagi filem terbitan mereka.
Skop Production Sdn Bhd menerbitkan filem itu pada 2009.
Elias diwakili peguam K. Periasamy dan K. Revindran, manakala pemohon oleh pasukan peguam diketuai Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
Selepas keputusan mahkamah itu diumumkan, Mohamed Haniff memberitahu pemberita beliau akan memfailkan notis rayuan dalam masa dua minggu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 24 2018

Yusof, Syamsul dan Mohamed Haniff selepas memperoleh kebenaran mencabar keputusan Mahkamah Rayuan berhubung hak cipta novel yang didakwa mempunyai kaitan dengan filem syarikatnya di Istana Kehakiman, Putrajaya, 24 Julai, 2018. --fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Yusof Haslam dapat kebenaran merayu kes pelanggaran hak cipta
Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum, yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, membenarkan rayuan dikemukakan Yusof, anaknya, pelakon-pengarah, Syamsul dan syarikat mereka.

Penulis novel 'Aku Bohsia' vs Syamsul Yusuf gagal selesai luar mahkamah
Kes saman antara penulis novel "Aku Bohsia' Elias Idris terhadap pengarah Syamsul Yusuf gagal diselesaikan di luar mahkamah.