BUAT peminat DC, berita ini mungkin akan memberi keterujaan kepada anda.
Jika anda sudah menonton filem "Justice League" pada 2017, anda tidak mempunyai alasan untuk menonton filem itu sekali lagi dalam versi yang berbeza.
Pengarah filem, Zack Snyder hadir sekali lagi dengan filem adi wira tersebut, namun kali ini anda akan disajikan dengan babak-babak yang tidak disajikan semasa filem itu ditayangkan pada 2017.
Zack telah mendedahkan trailer penuh Zack Snyder : Justice League untuk tatapan peminat pada Ahad.
Banyak babak-babak yang anda belum tonton akan ditayangkan dalam filem tersebut antaranya ialah pertarungan epik Superman lakonan Henry Cavill dan Darkseid, perbualan di antara Joker dan Batman, serta banyak lagi.
Filem adi wira DC ini juga dikatakan berdurasi selama empat jam.
Zack Snyder's Justice League yang dibintangi Henry Cavill, Ben Affleck, Ezra Miller, Gal Gadot dan Jared Leto akan mula ditayangkan di 18 Mac 2021 secara penstriman di HBO Max.
Asyraf Roslan
Mon Feb 15 2021

Jika anda sudah menonton filem "Justice League" pada 2017, anda tidak mempunyai alasan untuk menonton filem itu sekali lagi dalam versi yang berbeza. -Instagram / snydercut
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Zack Snyder's Justice League lebih epik, tidak seperti yang anda bayangkan
Zack Snyder's Justice League akan mula ditayangkan di 18 Mac 2021 secara penstriman di HBO Max.