Sebuah firma guaman menerima 92 cek berjumlah RM76,967,355.41 daripada bekas timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh dua tahun, bagi dana itu disimpan dalam akaun Yayasan Al-Falah untuk tujuan keagamaan dan kebajikan, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
"Saya terima semua cek bukan pada waktu yang sama antara 20 Mei 2016 dan 9 April 2018 daripada Ahmad Zahid di rumahnya di Country Height, Kajang; pejabat Ahmad Zahid, dan firma kami di Bangsar.
"Cek-cek ini adalah bagi pembinaan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk, Perak (kawasan Palimen Ahmad Zahid). Saya diberitahu sebaik sehaja cek itu diluluskan.. supaya duit itu dimasukkan dalam deposit tetap, supaya faedahnya diperoleh," katanya.
Muralidharan berkata akaun deposit tetap diletakkan di bawa Yayasan Al-Falah, sebuah yayasan kebajikan yang dimiliki oleh keluarga Zahid, yang mana adiknya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi adalah pengerusi dan pemegang amanahnya.
Peguam cara itu berkata demikian semasa pemeriksaan oleh timbalan pendakwa raya Datuk Raja Rozela Raja Toran pada hari ke-33 perbicaraan Anggota Parlimen Bagan Datuk itu, yang menghadapi tuduhan pecah amanah, rasuah dan tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi.
Berdasarkan kepada kenyataan saksi Muralidharan, pemilik cek berkenaan adalah daripada beberapa syarikat dan individu.
Menjawab soalan mengenai persetujuan yang dicapai antara beliau dengan Ahmad Zahid berhubung cek-cek berkenaan, saksi itu berkata pada dasarnya beliau diberitahu oleh Ahmad Zahid bahawa ia adalah bagi tujuan keagamaan dan kebajikan.
"Saya seterusnya faham bahawa fail Yayasan Al-Falah turut mengandungi lejar yang menyenaraikan urusan berkaitan dengan pemeriksaan 92 cek... kerani saya Puan Sothilechmy diarah untuk mengekalkan dan mengemaskini lejar itu bagi tujuan audit," katanya.
Menjawab satu soalan Raja Rozela sama ada Datuk Seri Ahmad Zahid adalah pemegang amanah Yayasan Al-Falah, Muralidharan menjawab "Tidak".
Saksi pendakwaan ke-87 itu berkata beliau dilantik mewakili Yayasan Al-Falah apabila beliau menerima kumpulan cek pertama sekitar 2016, namun tiada dokumen yang menyatakan pelantikannya itu, kerana beliau melakukan tugas di Yayasan itu secara 'pro-bono' (percuma).
"Memang menjadi amalan biasa bagi firma ini untuk bertugas secara 'pro-bono' bagi kerja-kerja kebajikan dan ia termasuk bagi kuil atau gereja. Kami tidak buat kerja-kerja perundangan (bagi yayasan itu). Kami cuma kumpul cek dan anggap ia sebagai pihak berkepentingan," katanya.
Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 12 2020

Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. - BERNAMA
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.