Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan MIC adalah salah sebuah parti yang terlibat dalam permohonan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, PAS dan parti Solidariti Tanah Airku Sabah (STAR) turut berdaftar dengan pakatan tersebut.
Menurutnya, setakat ini, tindakan parti-parti itu tidak menjadi masalah kerana PN perlu didaftarkan.
"Ya memang setakat ini, maklumat saya perolehi, MIC menjadi salah sebuah parti yang turut mendaftarkan Perikatan Nasional bersama-sama PAS, STAR serta Bersatu.
"Ini tak jadi masalah setakat ni kerana Perikatan Nasional harus didaftarkan.
"Maka (tetapi), sama ada kita mahu menggunakan lambang Perikatan Nasional atau sebaliknya, pendirian UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU akan datang, adalah kita tetap guna lambang dacing Barisan Nasional untuk jadi simbol kepada calon-calon UMNO dan Barisan Nasional," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ramah mesra bersama pengundi India di Kampung Baru Slim, pada Ahad.
Terdahulu, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perikatan itu dijangka disertai oleh lima parti termasuk daripada komponen BN.
Menurutnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan dalam masa terdekat mengenai status permohonan PN.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Aug 23 2020
Menurut Ahmad Zahid, setakat ini, tindakan parti-parti itu tidak menjadi masalah kerana Perikatan Nasional (PN) perlu didaftarkan. - Gambar BERNAMA
#AWANI Ringkas 26 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Januari 2025
1️⃣ Wisma Putra bantu 8 pelajar malaysia cedera
2️⃣ isu tiada sijil nikah penduduk Pulau Mabul akan ditangani
3️⃣ sekolah patriotik umno dilancarkan
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra bantu 8 pelajar malaysia cedera
2️⃣ isu tiada sijil nikah penduduk Pulau Mabul akan ditangani
3️⃣ sekolah patriotik umno dilancarkan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kemalangan di Mesir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [26/1/2025] – Nahas bas persiaran: pemandu parah, enam pelancong China cedera ringan. | Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 3,000 Lagi menyusul tahun ini. | Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabu
Awani Borneo Ahad 26 Januari 2025 bersama Assim Hassan
- Nahas bas persiaran: pemandu parah, enam pelancong China cedera ringan.
- Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 3,000 Lagi menyusul tahun ini.
- Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabul akan segera diatasi.
- Nahas bas persiaran: pemandu parah, enam pelancong China cedera ringan.
- Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 3,000 Lagi menyusul tahun ini.
- Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabul akan segera diatasi.
Tentera Israel langgar gencatan senjata, 5 penduduk Palestin cedera ditembak
Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal terpaksa bermalam di kawasan terbuka sementara menunggu kebenaran untuk pulang ke rumah.
Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor
Orang ramai digesa untuk membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang masih ingkar, atau sengaja tidak mempamerkan harga jualan.
Ops Tunggak: 182 pemandu, 163 kenderaan ada rekod saman tertunggak
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata selain itu sebanyak 16 kenderaan dari Thailand telah disita sepanjang tempoh berkenaan.
PRN17: PBS pertimbang letak calon di kawasan ramai sokongan
Kekuatan dan peningkatan jumlah penyokong di kawasan Pantai Timur Sabah perlu dimanfaatkan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri PRN-17.
Parti STAR SABAH optimis rampas kerusi Tungku
STAR Sabah mengulangi hasrat parti itu untuk bertanding di kerusi Dewan Undagan Negeri (DUN) Tungku namun akur dengan apa jua keputusan Pengerusi Gabungan Parti Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor.
Bekalan elektrik: Kerajaan Sabah teruskan kerjasama dengan persekutuan
Bagi menambah baik situasi bekalan elektrik di sabah, kerajaan negeri melalui ECOS akan terus berusaha dan berkerjasama erat dengan persekutuan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.