Laporan sebuah panel penasihat bebas yang dilantik kerajaan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 boleh dijadikan garis panduan untuk memperbaiki Akta Perhimpunan Aman 2012.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata panel itu profesional dalam menjalankan siasatan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) amat berpuas hati dengan laporan panel yang diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar.
Bagaimanapun, beliau berkata beliau perlu menyerahkan laporan itu kepada Kabinet untuk memutuskan sama ada ia boleh dijadikan dokumen awam.
"Oleh itu, KDN akan berbincang dengan pihak polis untuk menentukan lokasi sebenar yang digazetkan untuk mengadakan perhimpunan, dan bukannnya di sebarang tempat," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Borong Baru Kuala Lumpur di Pusat Bandar Utara Selayang, hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada laporan itu akan didedahkan kepada orang ramai.
Semalam, Panel Penasihat Bebas Bersih 3.0 menyerahkan laporan akhir panel itu kepada Ahmad Zahid. Laporan setebal 500 halaman itu mengandungi beberapa nasihat serta cadangan kepada kerajaan untuk kepentingan negara dan rakyat.
Panel penasihat bebas itu dibentuk 30 Mei tahun lalu bagi menyiasat dakwaan keganasan polis pada 28 April lalu. Panel itu mendengar keterangan 45 saksi dan meneliti lebih 72 jam rakaman video dari sumber polis, internet dan saksi.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kajian mendapati 90 peratus daripada kes jenayah berat, terancang dan berkumpulan dilakukan oleh bekas banduan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat di Simpang Renggam.
Katanya, beliau akan membentangkan statistik dan kajian lengkap di Dewan Rakyat pada sesi September ini bagi membuktikan Ordinan Darurat masih diperlukan di negara ini.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mendakwa kenyataan beliau semalam menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai tidak logik, Ahmad Zahid berkata:
"Saya tidak menghina sesiapa tetapi saya telah menyatakan beberapa kali di Dewan Rakyat bahawa terdapat beberapa klausa di Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertindih, dengan kuasa ada pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain."
Justeru, beliau berkata dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low dan Nancy Shukri akan memperkukuhkan bahagian penguatkuasaan agar mekanisme ini akan berlaku adil kepada pihak polis.
Bernama
Thu Jul 11 2013
![Zahid: Laporan Bersih 3.0 boleh jadi garis panduan baiki Akta Perhimpunan Aman Zahid: Laporan Bersih 3.0 boleh jadi garis panduan baiki Akta Perhimpunan Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41360073872_295x200.jpg)
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
![Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung tuduhan berkaitan Bersih 3.0 Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung tuduhan berkaitan Bersih 3.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444078167_Anwar.jpg)
Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung tuduhan berkaitan Bersih 3.0
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012 kerana mendapati rayuan beliau tidak mempunyai asas.
![Ambiga: Polis harus bertindak terhadap laporan Bersih 3.0 Ambiga: Polis harus bertindak terhadap laporan Bersih 3.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41366280355_295x200.jpg)
Ambiga: Polis harus bertindak terhadap laporan Bersih 3.0
"Pihak polis sepatutnya bertindak mengenai laporan yang dibuat oleh Suhakam dan tindakan mengikut prosedur (SOP) disiarkan supaya orang awam tahu mengenai prosedur mereka."
![Perbicaraan kes Bersih ditetapkan 15 -18 Julai Perbicaraan kes Bersih ditetapkan 15 -18 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41359968577_295x200.jpg)
Perbicaraan kes Bersih ditetapkan 15 -18 Julai
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 15 hingga 18 Julai sebagai tarikh perbicaraan saman kerajaan terhadap pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga dan 14 yang lain berhubung perhimpunan Bersih 3.
Permohonan Anwar diketahui 18 Jan
Tarikh itu ditetapkan selepas makhamah mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed dan peguam Karpal Singh.