Mahkamah Tinggi pada Rabu diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyumbangkan RM5.9 juta kepada Yayasan Al-Falah untuk pembelian dua buah banglo di Country Heights, Kajang menerusi cek Tetuan Lewis & Co, pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri itu.
Peguam dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al-Falah, Faisalludin Mohamat Yusuff, 43, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh adik Ahmad Zahid iaitu Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AL-Falah.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam Haziq Dhiyauddin Razali yang mewakili Ahmad Zahid pada hari ke-22 perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit Presiden UMNO itu membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Ketika ditanya Haziq mengenai tujuan pembelian dua lot banglo tersebut, Faisalludin berkata: “Pembelian lot-lot banglo ini untuk tujuan keagamaan.”
Katanya beliau dimaklumkan oleh Mohamad Nasaee bahawa pembelian dua banglo yang terbengkalai itu adalah untuk menampung keperluan aktiviti keagamaan di Country Heights memandangkan surau di kawasan berkenaan kecil.
“Setakat ini ada aktiviti keagamaan yang dijalankan di sebuah banglo lot 403. Banglo lot 356 masih belum diubah suai,” katanya.
Faisalludin turut mengesahkan Yayasan Al-Falah menerima satu cek Maybank bernilai RM5.9 juta yang dikeluarkan oleh Tetuan Lewis & Co, bertarikh 4 Jan 2017.
“Cek ini telah diberikan oleh Pengerusi Yayasan Al-Falah (Mohamad Nasaee) kepada saya untuk diserahkan kepada penjual iaitu Tan Sri Lee Kim Tiong @ Lee Kim Yew yang merupakan pengarah syarikat Bee Garden Holdings Sdn Bhd,” katanya.
Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi, saksi itu menjelaskan bahawa Ahmad Zahid tidak mempunyai kepentingan dalam Yayasan Al-Falah.
“Yayasan Al-Falah adalah yayasan keluarga Hamidi manakala Yayasan Akalbudi khas untuk Datuk Zahid. Ia berbeza, Yayasan Al-Falah keluarga yang besar, Yayasan Akalbudi (untuk) Datuk Zahid seorang sahaja,” katanya.
Dalam kertas pertuduhan yang ke-26, Ahmad Zahid didakwa memberi arahan dalam pembelian dua buah rumah jenis banglo bernilai RM5.9 juta dengan menggunakan cek milik Tetuan Lewis & Co yang merupakan hasil aktiviti haram.
Ahmad Zahid berhadapan 47 pertuduhan dengan 12 membabitkan pecah amanah (CBT) melibatkan dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 17 2020

Ahmad Zahid berhadapan 47 pertuduhan dengan 12 membabitkan pecah amanah (CBT) melibatkan dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram. - Gambar fail

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.

Hak jagaan adik Zayn Rayyan diserah kepada nenek saudara
Mahkamah Majistret di sini memberikan perintah hak jagaan sementara adik lelaki kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek saudaranya, bermula Jumaat.

Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Jenazah pelakon, pengarah Jit Murad selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad, 62, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara kira-kira pukul 3.15 petang ini.

PdPR: Kakak jadi 'guru' bantu tiga adik ikuti pembelajaran
Bergelar anak sulung bukan satu cabaran yang kecil, apatah lagi selepas kehilangan ibu bapa tempat bergantung harap.

Mahkamah tolak afidavit dakwaan UMNO miliki akaun rahsia
Mahkamah Tinggi menolak afidavit yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang mengatakan bahawa UMNO mempunyai akaun yang tidak didedahkan.

JKM kemuka permohonan hak jagaan dua adik kanak-kanak lemas dalam tong esok
Permohonan itu ditangguhkan susulan kedua-dua beradik perlu menjalani pemerikaan kesihatan termasuk ujian calitan di Hospital Melaka hari ini.

Kerana hutang, adik ugut tikam dan bunuh kakak
Tertuduh Muhamad Shah Izuan Azmi, 28, yang pada awalnya mengaku bersalah bagaimana menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Zahid sumbang RM5.9 juta kepada adik untuk beli dua banglo - Saksi
Perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh adik Ahmad Zahid iaitu Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AL-Falah.

Adik Jamal Abdillah meninggal dunia
Menurut penghibur tersohor itu, Allahyarham Hamka menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat sakit jantung.