Mahkamah Tinggi pada Rabu diberitahu bahawa Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menfailkan laporan mesyuarat tahunan (AGM) dan laporan audit tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak penubuhannya pada 1997.
Setiausaha syarikat Yayasan Akalbudi, Mahinder Kaur Teja Singh, 64, mendedahkan bahawa Ahmad Zahid telah memintanya mengemas kini dokumen Yayasan Akalbudi kerana beliau (Ahmad Zahid) mengetahui sejak penubuhannya, Yayasan tidak pernah mengemukakan dokumen itu kepada SSM.
Membacakan penyataan saksinya, Mahinder berkata, beliau tidak boleh mengemas kini dokumen Yayasan Akalbudi kerana beliau tidak diserahkan dokumen-dokumen yang lengkap.
Saksi pendakwaan ke-28 itu berkata, beliau mengenali Ahmad Zahid pada 1989 dan pada 1993 beliau dilantik sebagai setiausaha syarikat Measurement Sdn Bhd yang dimiliki Ahmad Zahid, seterusnya sebagai setiausaha syarikat Yayasan Akalbudi pada 2012.
“Pada tahun 2003 Ahmad Zahid ada meminta saya untuk mengemas kini dokumen Yayasan Akalbudi. Dari tahun 2003 hingga 2011 saya tidak boleh mengemas kini dokumen Yayasan Akalbudi kerana saya tidak diserahkan dokumen-dokumen yang lengkap,” katanya pada hari ke-14 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.
Mahinder berkata, beliau telah beberapa kali memaklumkan kepada bekas timbalan perdana menteri itu bahawa dokumen berkenaan perlu difailkan kepada SSM untuk dikemas kini.
"Beliau (Ahmad Zahid) memaklumkan kepada saya bahawa beliau akan memberi dokumen berkenaan bagi tujuan itu, namun sehingga kini saya masih belum menerimanya untuk saya kemas kini dokumen Yayasan Akalbudi dengan SSM," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt.
Mahinder berkata, dalam pengetahuannya sejak memegang jawatan itu pada 2012, Yayasan Akalbudi juga tidak pernah mengadakan mesyuarat antara Lembaga Pemegang Amanah, AGM dan tidak ada membuat audit ke atas akaun-akaun miliknya.
"Sepanjang saya dilantik sebagai setiausaha syarikat Yayasan Akalbudi, saya juga tidak pernah dimaklumkan dengan aktiviti-aktiviti Yayasan Akalbudi, laporan kewangan tidak pernah dibentangkan kepada saya untuk difailkan ke SSM dan tidak ada menghantar laporan audit kepada pihak SSM," katanya.
Mahinder menjelaskan di bawah Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat harus mengadakan AGM pertama dalam masa 18 bulan selepas didaftarkan manakala AGM berikut hendaklah diadakan dalam masa 15 bulan daripada AGM sebelum itu.
Katanya, di bawah akta itu sesebuah syarikat harus menghantar laporan audit kepada SSM dalam masa 30 hari selepas AGM diadakan.
Mahinder berkata, alamat berdaftar yayasan itu adalah seperti yang terdapat dalam 'maklumat syarikat SSM Yayasan Akalbudi', bagaimanapun beliau tidak mengetahui sama ada alamat itu wujud atau tidak.
Saksi itu juga memberitahu bahawa beliau tidak menerima sebarang pertanyaan daripada SSM berhubung Yayasan itu.
Ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi bagaimana cara Ahmad Zahid memberi arahan kepadanya, Mahinder menjawab, “Menerusi panggilan telefon dan jumpa di pejabat beliau (Ahmad Zahid). "
Ahmad Zahid, 67, menghadapi 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 13 2020

Mahinder selepas memberi keterangan pada kes Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 12 Feb, 2020. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.

Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.

Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.