KUALA LUMPUR: Bekas Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Melaka memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak suka namanya disebut atau dimaklumkan sebagai pemberi sumbangan kepada sekolah berkenaan.
Azharizan Yaacob, 47, yang kini Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Hamidiyah di Bagan Datuk berkata timbalan perdana menteri itu memberitahunya bahawa prinsip beliau (Ahmad Zahid) adalah "apabila tangan kanan memberi, biarlah tangan kiri tidak mengetahui."
"Tujuan Datuk Seri (Ahmad) Zahid membantu menaja kos operasi sekolah ini kerana saya mengetahui Datuk Seri (Ahmad) Zahid adalah seorang yang amat suka untuk menyumbang kepada jalan agama khususnya bagi tujuan masjid, surau dan pendidikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Ahmad Zahid yang diperintah membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi (YAB).
Azharizan berkata beliau mengetahui bahawa pembinaan serta operasi sekolah swasta berbentuk aliran akademik dan agama itu dibiayai sepenuhnya oleh Ahmad Zahid sendiri.
"Sepanjang sekolah beroperasi dari 2012, Datuk Seri (Ahmad) Zahid memperuntukkan hampir RM30 juta untuk membantu operasi sekolah tersebut dan ini tidak termasuk kos sumbangan bagi pembinaan sekolah berkenaan.
"Hampir setiap bulan Datuk Seri (Ahmad) Zahid akan mengeluarkan cek daripada Yayasan Akalbudi kepada Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab dengan bayaran dalam lingkungan RM170,000 ke RM200,000," katanya dan menambah bahawa sekolah itu mula beroperasi pada 2012, namun siap sepenuhnya pada 2014.
Menurut saksi pembelaan ke-12 itu, wang bulanan yang disumbang Ahmad Zahid digunakan untuk membayar bil-bil sekolah, gaji tenaga pengajar, makanan untuk pelajar dan kos operasi sekolah yang lain.
Azharizan berkata kos pengoperasian sekolah itu perlu ditanggung sendiri selain bergantung kepada yuran pelajar dan sumbangan yang diberikan oleh Ahmad Zahid sangat membantu dalam meneruskan operasi harian sekolah.
Katanya kontraktor asal pembinaan sekolah itu adalah syarikat lain sebelum kerja pembinaan sekolah diambil alih oleh syarikat Teknik Sempurna Sdn Bhd sehingga siap sepenuhnya pada 2014.
Menurut saksi itu, pengurusan sekolah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri pada 2020 kerana akaun YAB dibekukan berkaitan pertuduhan terhadap Ahmad Zahid di mahkamah.
"Sumbangan bantuan bulanan oleh Datuk Seri (Ahmad) Zahid tidak dapat diteruskan dan menyebabkan sekolah yang mempunyai kira-kira 350 pelajar itu kekurangan dana untuk meneruskan operasi," katanya.
Menjawab soalan tambahan peguam Aiman Abdul Rahman, yang mewakili Ahmad Zahid, Azharizan berkata ekoran pembekuan akaun YAB, ibu bapa serta jemaah pengelola sekolah yang dipengerusikan oleh Ahmad Zahid sepakat menaikkan yuran pengajian bulanan kepada RM700 daripada RM500 yang dikenakan pada 2017.
"Oleh sebab akaun Yayasan Akalbudi dibekukan, kami hilang sumber kewangan untuk menanggung operasi dan terpaksa melakukan pelbagai cara termasuk menaikkan yuran tahunan, mengurangkan gaji guru-guru, menutup penyaman udara dan menggantikan dengan kipas," katanya.
Beliau berkata pelbagai cara dilakukan untuk meneruskan operasi sekolah termasuk berhutang bagi menampung kos RM350,000 sebulan manakala kos bagi pembelajaran dan asrama di sekolah itu adalah RM1,500 bagi setiap pelajar.
Selain itu, saksi berkata Ahmad Zahid juga membuat pelbagai sumbangan untuk kerja-kerja amal jariah antaranya menaja pelajar untuk kursus A-Level di Help University sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian di United Kingdom, menaja 12 guru dari Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab untuk menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia selain sumbangan RM12 juta bagi pembinaan Masjid Terapung di Melaka.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Khamis ini (24 Ogos).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Saksi berkata, wang bulanan yang disumbang Ahmad Zahid digunakan untuk membayar bil-bil sekolah, gaji tenaga pengajar, makanan untuk pelajar dan kos operasi sekolah yang lain. - Gambar fail
Hampir 2,000 meriahkan siri pertama di Negeri Sembilan
Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Assalamualaikum RaRa 2025 anjuran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Sabtu.
Rakyat Syria berhadapan ancaman periuk api di kawasan perumahan
Selepas bebas dari kisah perang saudara, rakyat Syria kini menghadapi ancaman baru, iaitu periuk api dan juga bahan letupan yang masih aktif di kawasan rumah mereka.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Rumah transit remaja hamil bawah umur pertama akan dibuka
Rumah transit bagi remaja hamil bawah umur yang pertama akan dibuka DI Kuching dengan kerjasama pelbagaI NGO.
Hutan simpan kekal di Malaysia
Hari ini bermula penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bertujuan menambah baik pengurusan Hutan Simpanan Kekal.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana.
Perkembangan terkini banjir di Sarawak
Perkembangan terkini banjir di Sarawak bersama
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
AWANI Borneo [1/2/2025] – Bantuan RM1,000|Banjir|Hari Wilayah
Tumpuan AWANI Borneo 1 Feb 2025 bersama Nickyson Nyambar
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalammualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.