KUALA LUMPUR: Suasana serta penghayatan sambutan Hari Kemerdekaan negara dan Hari Malaysia dicadangkan untuk dizahirkan dengan lebih simbolik, kata Noor Nirwandy Mat Noordin.
Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM itu menjelaskan, perkara itu boleh dilakukan dengan segmentasi pendedahan pada umum fasa perjuangan kemerdekaan negara mengikut tempoh masa dan watak utama pejuang menentang penjajah khususnya bagi negeri-negeri tertentu.
"Pemahaman tersebut sekurang-sekurangnya harus bermula dari era Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris termasuk pendudukan tentera Jepun serta komunis di dalam negara.
"Pejuang-pejuang negara seperti Rentap, Antanom, Datuk Maharaja Lela, Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Rosli Dhoby dan lain-lain perlu diperkenalkan dengan lebih terperinci kepada masyarakat.
"Sejarah penjajah yang cuba meruntuhkan insitusi Diraja dan menguasai negara perlu disampaikan secara nyata dengan figura terbabit dipaparkan secara berkala serta bukan hanya pada waktu sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Kenapa perlu membezakan 'semangat' 31 Ogos dan 16 September?
BACA: Kempen Rise and Unite semarakkan semangat kemerdekaan
Dalam pada itu kata Noor Nirwandy, perwatakan dan fesyen pemakaian pejuang itu harus diterjemahkan dengan lebih moden dan secara strategik sama ada secara fizikal ataupun digital bagi melahirkan simbolisme positif yang boleh diikuti oleh masyarakat dengan gabungan elemen kemodenan.
Ujarnya, padanan geran penyelidikan, imbuhan dan penghargaan bagi inovasi dalam bidang berhubung sejarah perjuangan negara juga harus diwujudkan dengan lebih luas khususnya kepada anak muda untuk memahami serta mengembangkan informasi itu dengan lebih kreatif.
"Kementerian berkaitan juga boleh mewujudkan slot anak muda melalui pelbagai saluran meningkatkan pemahaman anak muda berhubung khazanah keperwiraan negara di dalam negara.
"Ia juga sejajar bagi menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membabitkan anak muda dalam partipasi membina negara.
"Slot anak muda juga boleh diwujudkan untuk memberi ruang kepada mereka berinteraksi secara positif," jelasnya.
Katanya lagi, penyediaan platform tertentu dengan kerjasama rentas kementerian boleh memberi ruang anak muda menonjolkan bakat, imej serta idea mereka dengan lebih meluas dalam memahami segmentasi penting tersebut.
"Anak muda adalah tunjang pembangunan negara dan mereka harus diberikan ruang serta dibentuk sebagai persediaan kepimpinan masa depan negara berasaskan sejarah sebenar kewujudan negara.
"Tambahan pula, isu pengaruh subversif dan ektremisme rentas sempadan adalah ancaman nyata pada keselamatan serta nilai kenegaraan hari ini.
"Ancaman subversif dan ektremisme menggunakan pendekatan simbolisme dan elemen propaganda yang sukar dikesan kerana ia kelihatan santai dan lebih moden sejajar dengan perkembangan global masa kini," tegasnya.
Ujar Noor Nirwandy, kerjasama strategik dari pelbagai pihak akan membolehkan masyarakat khususnya anak muda didedahkan dengan asas sebenar pembentukan negara berdasarkan sejarah serta kerangka Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Katanya, dalam era globalisasi serta inspirasi hak asasi manusia, penterjemahan kebebasan bersuara dan perpaduan negara harus difahami berasaskan sejarah negara, prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara itu sendiri.
Astro Awani
Wed Sep 08 2021
Ujar Noor Nirwandy, kerjasama strategik dari pelbagai pihak akan membolehkan masyarakat khususnya anak muda didedahkan dengan asas sebenar pembentukan negara. - Foto BERNAMA
Houthi pantau gencatan senjata Gaza, terus serang jika Israel cabuli
Kumpulan Houthi Yamen menyatakan, kumpulan yang disokong Iran itu akan memantau pelaksanaan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang bertujuan menamatkan peperangan di Gaza.
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam kebakaran pusat beli-belah di Indonesia
Mangsa ditemukan di tingkat lapan Glodok Plaza pada petang Khamis dan dibawa ke hospital polis untuk proses pengecaman lanjut.
Menteri Israel ugut letak jawatan jika gencatan senjata lulus
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, umum beliau akan meletak jawatan daripada kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu jika kabinet meluluskan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
WHO seru komuniti antarabangsa tingkat bantuan di Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru komuniti antarabangsa untuk mempergiatkan pembiayaan bagi respons bantuan berskala besar di Gaza.
Gencatan senjata Gaza mula Ahad, walau ada halangan akhir
Gencatan senjata di Gaza dijangka bermula pada hari Ahad seperti yang dirancang, walaupun masih terdapat isu kecil yang perlu diselesaikan oleh perunding pada saat-saat akhir.
LYF George Town rancakkan industri perhotelan di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, industri perhotelan mempunyai peranan besar dalam menyediakan tempat untuk menyambut kedatangan tetamu kenamaan asing dan delegasi berikutan beberapa mesyuarat ASEAN akan turut diadakan di Pulau Pinang.
Malaysia tangani risiko overtourism menerusi amalan pelancongan lestari
Meskipun Malaysia belum menghadapi lebihan pelancong secara meluas, beberapa lokasi pelancongan seperti Semporna, Sabah telah mula berdepan masalah itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 Nov lepas melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.
Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat
Songket, tekstil tradisional Malaysia, dipamerkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dalam satu acara di Muzium The George Washington University dan Muzium Tekstil, Washington, D.C.
Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.
Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.
Bebaskan Malaysia daripada fahaman kolot, kebencian sempit - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bebas daripada fahaman kolot atau jumud, sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain.
Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.
Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.
Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.