ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi negeri ini iaitu RM7, RM14 dan RM21.
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.
"Semua umat Islam digalakkan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari, kadar RM7 iaitu beras super spesial tempatan; RM14 bagi beras super import, beras perang, beras pulut, beras ponni dan beras wangi manakala RM21 bagi mereka yang menggunakan beras basmati, beras Jepun dan beras merah.
"Bagaimanapun, sekiranya beras yang dimakan adalah beras super spesial tempatan, individu tersebut mampu membayar lebih pada kadar RM14 atau RM21, maka adalah digalakkan membayar zakat fitrah pada kadar yang lebih baik," katanya pada sidang media mengumumkan penetapan kadar Zakat Fitrah Kedah 2022 di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Datuk Syeikh Zakaria Othman.
Syeikh Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agihan Zakat dan Ahli Lembaga LZNK berkata pihak lembaga zakat itu menggalakkan pembayaran zakat secara dalam talian selain bayaran dibuat menerusi 3,100 amil yang dilantik di seluruh negeri.
Beliau berkata pembayaran boleh dilakukan melalui laman sesawang JomZakat (jom.zakatkedah.com.my), portal pembayaran zakat fitrah (zakatfitrah.com.my), Zakat On Touch selain di kaunter bank dan amil yang dilantik di kariah masing-masing.
"Pada tahun ini juga amil yang dilantik akan menggunakan kaedah digital sepenuhnya sama ada menggunakan sistemMyAmil, memaparkan kod QR untuk diimbas pembayar zakat atau berkongsi pautan pembayaran yang disediakan. Pembayar pula akan menerima resit melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel," katanya.
Bagaimanapun, Syeikh Fadzil berkata bagi pembayar yang menghadapi masalah menggunakan kaedah digital tidak perlu bimbang kerana amil yang dilantik akan dibekalkan buku resit zakat fitrah, namun pada kuantiti yang terhad.
"Pembayaran zakat fitrah hanya sah diperakui melalui platform digital yang telah disenaraikan dan melalui amil yang ditauliahkan LZNK serta mempunyai kad kuasa," katanya yang turut memaklumkan LZNK menyasarkan kutipan zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM11.7 juta dengan anggaran peningkatan sebanyak lima peratus berbanding kutipan tahun lepas sebanyak RM11.14 juta.
Dalam pada itu, katanya LZNK akan meneruskan Program Infak Aidilfitri dengan mengagihkan 7,400 ekor ayam segar kepada 3,700 keluarga di daerah Sik, Padang Terap dan Yan dengan kos keseluruhan sebanyak RM100,000.
"Orang ramai yang ingin menyumbang bolehlah berbuat demikian melalui portal Asnaf Care di asnafcare.com.my mulai hari ini hingga ia ditutup pada 16 April nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022

Penetapan itu berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras. - Gambar hiasan/Bernama

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

MAIPk belum muktamad kadar zakat fitrah tahun ini
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) belum menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini.

Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.

Jangan tunggu saat akhir bayar zakat fitrah
Umat Islam diminta supaya tidak menunggu saat akhir untuk membayar zakat fitrah bagi membolehkan agihan dibuat lebih cepat kepada asnaf yang layak.

Kontrak kerajaan babit edaran beras, guna beras import mulai April
Sebarang kontrak kerajaan melibatkan pengedaran beras akan menggunakan beras putih import mulai April ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.

Zakat fitrah di Pahang kekal RM7
Kadar bayaran zakat fitrah di Pahang bagi tahun ini kekal RM7 seorang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain.

Kadar zakat fitrah di Perak ditetapkan RM8, RM16 dan RM24
Kadar RM8 itu ialah bagi yang menggunakan beras special tempatan (5 peratus hancur dan ke bawah) dan yang seumpama/setara.

Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7, RM12.50, RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM12.50 dan RM22 pada tahun ini.

Kadar zakat fitrah di Johor bermula RM7 hingga RM20
Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) menetapkan tiga kadar zakat fitrah tahun ini, iaitu RM7, RM12 dan RM20.

ZPP kumpul RM159.7 juta kutipan zakat pada 2023
Zakat Pulau Pinang (ZPP) mencatatkan prestasi kutipan memberangsangkan tahun lepas apabila mengumpul RM159.7 juta, merangkumi RM152.86 juta zakat harta dan RM6.84 juta zakat fitrah.