Penasihat Sains Perdana Menteri dan Pengerusi Bersama Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), Profesor Emiritus Datuk Seri Dr. Zakri Abdul Hamid diumumkan sebagai salah seorang daripada pemenang Hadiah Antarabangsa Alam Sekitar Zayed 2014 di Dubai, semalam.
Beliau turut berkongsi hadiah untuk Kategori Kecemerlangan Sains dan Teknologi dalam Alam Sekitar dengan ahli sains India, Ashok Kosla. Hadiah ini dianugerahkan kepada individu atau pertubuhan yang telah menunjukkan kepimpinan cemerlang hingga membawa kepada perubahan besar dalam pengurusan alam sekitar dunia.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MIGHT, Zakri mempunyai kerjaya cemerlang peringkat antarabangsa termasuk memimpin beberapa badan global dalam bidang alam sekitar.
Antaranya ialah sebagai pengerusi Badan Antara Kerajaan Mengenai Biodiversiti dan Ekosistem dan ahli Lembaga Penasihat Sains kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.
Pada tahun 2005, Zakri berperanan sebagai pengerusi bersama kajian raksasa yang melibatkan lebih 2,000 saintis dari 95 negara yang dikenali dengan nama Millennium Ecosystem Assessment.
Zakri dan rakan-rakan telah menunjukkan bahawa kegiatan manusia dalam 50 tahun kebelakangan ini telah mengubah ekosistem dunia lebih dari mana-mana tempoh dalam sejarah hidup manusia.
Zakri dalam reaksi pertamanya amat terharu dengan hadiah unggul tersebut.
"Hadiah ini hanya wujud dalam mimpi sahaja selama ini. Bagaimanapun dengan penuh rendah diri saya bangga dapat menunjukkan rakyat Malaysia boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia," kata beliau.
Hadiah ini diwujudkan pada 1999 oleh Sheikh Mohammad Rashid Al Maktoum, Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai untuk mengabadikan jasa Almarhum Sheikh Zayed Sultan Al Nahyan, Bapa UAE dalam bidang alam sekitar.
Kenyataan itu menjelaskan, hadiah ini terdiri dari tiga kategori iaitu kepimpinan global dalam alam sekitar, kecemerlangan sains dan teknologi dalam alam sekitar dan sumbangan dalam alam sekitar yang membawa kepada perubahan positif dalam masyarakat.
Pemenang kategori kepimpinan global dalam alam sekitar tahun ini ialah Putera Albert II dari Monaco di atas usaha-usaha beliau untuk memulihara alam sekitar. Pemenang Kategori III - Sumbangan dalam Alam Sekitar dianugerahkan kepada Paula Caballero Gomez dari Colombia dan Luc Hoffmann dari Switzerland.
Astro Awani
Sun Feb 02 2014
![Zakri pemenang hadiah Antarabangsa Alam Sekitar Zayed 2014 Zakri pemenang hadiah Antarabangsa Alam Sekitar Zayed 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61391335028_295x200.jpg)
Profesor Emiritus Datuk Seri Dr. Zakri Abdul Hamid. -Gambar BERNAMA
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
![Zakri pemenang hadiah Antarabangsa Alam Sekitar Zayed 2014 Zakri pemenang hadiah Antarabangsa Alam Sekitar Zayed 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61391335028_295x200.jpg)
Zakri pemenang hadiah Antarabangsa Alam Sekitar Zayed 2014
Hadiah ini dianugerahkan kepada individu atau pertubuhan yang telah menunjukkan kepimpinan cemerlang hingga membawa kepada perubahan besar dalam pengurusan alam sekitar dunia.