Masih belum ada cadangan untuk mengenakan cukai 'durian runtuh' kepada institusi perbankan, walaupun mereka mencatat keuntungan berganda, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Menurutnya, keuntungan yang dicatatkan institusi berkenaan bukan perkara baharu, malah kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) juga tidak pernah bercadang untuk mengenakan cukai sedemikian.
"Tentang kedudukan kewangan bank-bank tersebut, ia bukan saja sekarang, tapi juga sebelum ini, di bawah kerajaan lama. Pada masa itu pun tak ada cadangan cukai," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
"Tetapi, pihak kerajaan telah maklumkan kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM), bahawa kita perlu ada kelonggaran untuk mudahkan pinjaman di kalangan pembeli rumah mampu milik.
"Dan sebab itu, dalam Belanjawan 2019, saya dah umumkan, BNM akan jalankan program, termasuk kadar faedah 3.2% serta memanjangkan tempoh pinjaman perumahan kepada 40 tahun," kata Lim ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) hari ini.
Hasan ingin mengetahui sekiranya kerajaan boleh mengenaikan cukai 'durian runtuh' kepada bank-bank supaya hasil kutipan itu dapat disalurkan kepada BNM bagi membantu pembeli rumah.
Dalam pada itu, Lim berkata, beliau percaya BNM berupaya membuat dasar baru yang lebih baik berhubung isu pembelian rumah mampu milik.
Bagaimanapun, katanya, dasar yang diperkenalkan BNM seperti diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu perlu dilaksanakan terlebih dahulu supaya dapat dilihat sejauh mana keberkesanannya.
"Mari kita tunggu dasar yang BNM perkenalkan. Kalau tak berkesan, maka saya yakin BNM akan merangka dasar serta memberi kelonggaran pinjaman, supaya boleh beri banyak peluang kepada pembeli," katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Nov 27 2018

Lim berkata, beliau percaya BNM berupaya membuat dasar baru yang lebih baik berhubung isu pembelian rumah mampu milik. - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Istilah "rompak" kecohkan Dewan Rakyat
Dewan Rakyat kecoh hampir sejam selepas Ahli Parlimen pembangkang mendesak Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menarik balik perkataan -"rompak"

Zaman BN pun tak ada cukai 'durian runtuh' - Lim Guan Eng
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, keuntungan yang dicatatkan institusi berkenaan bukanlah perkara baharu, tetapi kerajaan terdahulu juga tidak pernah bercadang untuk mengenakan cukai sedemikian.

Kerajaan belum muktamadkan hala tuju projek ECRL - Lim
Kerajaan masih belum memuktamadkan hala tuju Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sama ada meneruskannya atau tidak, tertakluk kepada hasil rundingan yang sedang dijalankan, kata Menteri Kewangan, L

Dipecat pada saat akhir, bekas ahli UMNO buat laporan polis
Mereka menimbulkan persoalan mengapa surat pemecatan tidak dikeluarkan Lembaga Displin UMNO tetapi dari UMNO negeri dan bahagian Bagan sendiri.

Dua anggota UMNO Bagan dipecat, tidak dapat bertanding hari ini
Mohamad Afendi Azni, 45, dan Shahbani Mat Diasa, 54, masing-masing bakal merebut jawatan Ketua Bahagian dan Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan mendakwa menerima surat itu pada Jumaat.

"Saya bukan Datuk Seri, panggil 'saudara' dah cukup" - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mahu hanya gelaran saudara sahaja dipanggil ke atas diri beliau.

Lim Guan Eng kekal pertahan kerusi Parlimen Bagan
Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng, hari ini mengesahkan bakal mempertahankan kerusi Parlimen Bagan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PAU2017: Makcik kilang simpan cuti tahunan demi UMNO
Sepasang suami isteri sanggup menyimpan cuti tahunan demi menghadirkan diri ke PAU2017, ini yang dikatakan seorang perwakilan Wanita UMNO Bahagian Bagan, Rozi Ishak.