BIARPUN semakin pulih selepas menjalani pembedahan akibat masalah skoliosis atau tulang belakang melengkung, penyanyi Zamani Ibrahim mengakui masih menahan kesakitan pada masa tertentu.
Jelas vokalis kumpulan Slam yang berusia 52 tahun itu, tempoh pemulihan yang dilalui tidak seperti apa yang dijangkakan sebelum menjalani pembedahan itu.
"Kalau ikutkan keadaan saya sudah 80 peratus baik. Bagaimanapun badan saya mungkin masih perlu masa untuk sesuaikan dengan keadaan sebab ia bukan yang original (tulang asal).
“Saya fikir lepas pembedahan boleh rasai apa itu normal, tapi sampai sekarang belum dapat keselesaan seperti yang saya impikan.
“Rasa sakit itu bukan berpunca dari besi yang digunakan untuk betulkan bahagian tulang belakang tetapi disebabkan besi sokongan lain yang perlu dimasukkan pada bahagian kiri dan kanan tubuh,” katanya ketika ditemui pada sesi wawancara sempena Konsert Nurkasih di studio di Ukay Perdana, Ampang baru-baru ini.
Konsert Nurkasih turut dijayakan anggota Slam yang lain seperti, Shah (gitaris), Eddie (keyboard), Lili (bes) dan Man (dram), dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 6 Ogos ini.
Tambah Zamani, kesakitan yang dialami lebih menyeksa berbanding sebelum menjalani pembedahan. Namun, pelantun Gerimis Mengundang itu tidak sesekali menyesal melakukan pembedahan.
Bahkan kesakitan itu masih boleh ditanggung dan ia bukanlah pada tahap yang membimbangkan.
"Saya ada juga berjumpa dengan doktor dan dia maklumkan tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan dan tubuh saya akan boleh menerima sedikit masa lagi.
"Alhamdulillah, saya lebih bersyukur dengan keadaan sekarang cuma kena biasakan diri dengan rasa sakit itu,” jelasnya.
Oleh itu, Zamani masih berjaga-jaga melakukan sebarang aktiviti harian biarpun pergerakannya masih lagi terbatas.
“Saya masih tak boleh mencangkung dan solat seperti biasa. Kena solat duduk di kerusi.
"Bagaimanapun saya tetap teruskan aktiviti seni seperti biasa, kalau penat saya duduk," ujarnya.
Terdahulu, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis pada November tahun lalu.
Prosedur membetulkan tulang melengkung di sebuah hospital swasta itu mengambil masa hampir tujuh jam dan penyanyi berkenaan perlu ditidurkan sebelum pembedahan dilakukan.
Perkembangan proses pembedahan penyanyi itu turut dikongsikan pengacara dan selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi menerusi Instagram miliknya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 25 2023
![Zamani masih dalam tempoh pemulihan Zamani masih dalam tempoh pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690256530_ZamaniIbrahim.jpg)
Zamani berharap dapat menyesuaikan diri dengan situasi yang dihadapi kini. - Gambar SINAR HARIAN
![Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635504957_AnnaJenkins.jpg)
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
LBS rai Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 Bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Rabu.
11 pekerja asing kilang haram ditahan bersama RM21.83 juta e-waste
Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak menyerbu sebuah kilang memproses peleraian buangan elektrik dan elektronik (e-waste) haram di Machang Bubok dan merampas e-waste bernilai RM21.83 juta.
Jenayah penipuan pelaburan (setakat 2 Februari 2025)
Sejumlah 765 kes penipuan pelaburan telah dicatatkan setakat 2 Februari 2025. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut menyatakan jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta.
2,000 ditahan kerana dadah dalam 37 hari
Lebih 2,000 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan dadah di Perak dalam tempoh 37 hari tahun ini, dari Januari hingga Khamis.
Isu beras, harga lantai padi diumum minggu depan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada 13 Februari ini mengenai isu beras, khususnya berhubung harga lantai bagi padi.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter selesai
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong pagi Khamis, telah selesai.
![GV10: Zamani bakal buat peserta All Stars Gegar Vaganza kerja kuat GV10: Zamani bakal buat peserta All Stars Gegar Vaganza kerja kuat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695591773_Zamani.jpg)
GV10: Zamani bakal buat peserta All Stars Gegar Vaganza kerja kuat
Sorakan dan tepuk peminat sebagai bayangan penyanyi legenda tersebut mampu memberi saingan sengit dalam All Stars Gegar Vaganza.
![All Stars Gegar Vaganza buka tirai esok, 'hot seat' jadi milik siapa? All Stars Gegar Vaganza buka tirai esok, 'hot seat' jadi milik siapa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695446210_TBgegarvaganza.jpg)
All Stars Gegar Vaganza buka tirai esok, 'hot seat' jadi milik siapa?
Daripada musim pertama hingga kesembilan, seramai 23 orang bintang yang tersenarai untuk diundi peminat.
![Zamani jalani latihan lapan jam sehari menjelang konsert 'Nur Kasih' Zamani jalani latihan lapan jam sehari menjelang konsert 'Nur Kasih'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691150532_KonsertSlam.jpg)
Zamani jalani latihan lapan jam sehari menjelang konsert 'Nur Kasih'
Kesihatan fizikal Zamani juga berada pada tahap yang baik.
![Zamani masih dalam tempoh pemulihan Zamani masih dalam tempoh pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690256530_ZamaniIbrahim.jpg)
Zamani masih dalam tempoh pemulihan
Tempoh pemulihan yang dilalui tidak seperti apa yang dijangkakan sebelum menjalani pembedahan.
![Tubuh Zamani tidak lagi 'melengkung', tulang belakang berjaya dibetulkan Tubuh Zamani tidak lagi 'melengkung', tulang belakang berjaya dibetulkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668070763_Zamani.jpg)
Tubuh Zamani tidak lagi 'melengkung', tulang belakang berjaya dibetulkan
Vokalis kumpulan Slam semakin sihat dan sudah dibenarkan keluar hospital.
![Pak Nil kutip lebih RM100,000 biayai kos pembedahan Zamani Slam Pak Nil kutip lebih RM100,000 biayai kos pembedahan Zamani Slam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656200964_TBPAKNILZAMANI.jpg)
Pak Nil kutip lebih RM100,000 biayai kos pembedahan Zamani Slam
Kutipan tersebut bertujuan membantu Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.
!['Suara masih padu tapi...' - Peminat risau lihat badan Zamani makin membengkok 'Suara masih padu tapi...' - Peminat risau lihat badan Zamani makin membengkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650947647_zamani.jpg)
'Suara masih padu tapi...' - Peminat risau lihat badan Zamani makin membengkok
Video tersebut merakamkan Zamani sedang menyanyi sambil duduk di atas sebuah kerusi yang disediakan sebelum berdiri untuk menghabiskan persembahannya.
![Zamani rasa macam bermimpi, terharu bersanding di pelamin Zamani rasa macam bermimpi, terharu bersanding di pelamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51577883719_Zamani.jpg)
Zamani rasa macam bermimpi, terharu bersanding di pelamin
Zamani tidak sangka berpeluang duduk bersanding di pelamin seperti pengantin lain.
![Zamani Slam sah bergelar suami, bawa isteri tunai umrah Zamani Slam sah bergelar suami, bawa isteri tunai umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51569009602_zamani-kahwin.jpg)
Zamani Slam sah bergelar suami, bawa isteri tunai umrah
Menerusi sebuah kenyataan yang dihantar kepada Gempak, majlis pernikahan Zamani dilangsungkan di Ampang, Kuala Lumpur.
![Zamani Slam berhasrat tamatkan zaman bujang Zamani Slam berhasrat tamatkan zaman bujang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71462864366_SlamMelisa.jpg)
Zamani Slam berhasrat tamatkan zaman bujang
Setelah lama membujang, Zamani Slam, 44 tahun menyuarakan rasa hatinya untuk menamatkan zaman bujang.