PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dari 25 hingga 26 September.
Sewaktu lawatan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, James Cleverly, menurut kenyataan media Kementerian Luar.
"Kedua-dua menteri akan membincangan kerjasama dua hala sedia ada serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama," menurut kenyataan kementerian pada Ahad.
Menteri Luar juga dijadual menghadiri Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023: Kedaulatan dan Kekebalan Negara dalam Timbang Tara Komersial Edisi London, pada Isnin.
Kolokium ini merupakan edisi ketiga dan terakhir yang dianjurkan selepas di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, anjuran bersama Kerajaan Malaysia, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), SOAS University of London Arbitration and Dispute Resolution Centre (SADRC) dan International Dispute Resolution Centre, London (IDRC).
Zambry juga akan menyampaikan ucapan pada penutup Kolokium itu.
Jalinan persahabatan yang erat antara Malaysia dan UK adalah bertunjangkan kerjasama ekonomi yang teguh dan hubungan antara rakyat yang rapat.
"Lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang seterusnya akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara menerusi kerjasama yang sedia terjalin dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pertahanan, kesihatan, pendidikan dan alam sekitar," menurut kementerian itu.
Pada tahun 2022, UK merupakan rakan dagangan ke-23 terbesar Malaysia di peringkat global, dengan jumlah dagangan bernilai RM17.58 bilion (US$3.99 bilion), peningkatan sebanyak 2.3 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada tahun 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023
Zambry dijadual menghadiri Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023: Kedaulatan dan Kekebalan Negara dalam Timbang Tara Komersial Edisi London, pada Isnin. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.